Sheila Majid kini Datuk Seri, terima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
PENYANYI jazz legenda, Datuk Sheila Majid menerima kurniaan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Sabtu.
Memetik Bernama, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan mengurniakan SSAP kepada Sheila atau nama penuhnya Shaheila Abdul Majid, 61, dalam istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz bersempena dengan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berita gembira itu juga dikongsikan jurusolek terkenal Khir Khalid menerusi Instagram.
"Tahniah Datuk Seri Sheila Majid," kongsinya.

Hantaran berkenaan menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
"Satu pengiktirafan yang sememangnya amat layak diterima. Tahniah, Datuk Seri," kongsi Nora Danish.
"Tahniah kepada penyanyi kesayangan kami @missmajid," titip Ziana Zain.
"Idolaku," tulis Fazura.
Selain Sheila, 16 individu lagi individu dikurniakan SSAP termasuk Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sekadar info, Sheila terdahulu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Ulang Tahun Hari Lahir ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 24 Oktober 2008.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
