Bukan sekadar kain, ada kejutan emas di sebalik kempen ini, Elly Mazlein dan Nabil Ahmad turut meriahkan suasana

No Image Caption
A
A
A

NAMA-nama popular seperti Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan isterinya, bukan sahaja mencuri perhatian ketika hadir ke Jakel, malah turut sama menceriakan suasana bersama pelanggan yang hadir.

Kehadiran barisan Duta Jakel itu memeriahkan majlis pelancaran kempen terbaharu jenama tekstil berkenaan, Beli Kain Dapat Emas 2026, yang berlangsung selama 47 hari bermula 25 September lalu.

Dalam suasana santai, ketiga-tiga selebriti berkenaan turut meluangkan masa berinteraksi dengan pelanggan, menyertai aktiviti serta permainan yang disediakan dan berkongsi keterujaan mereka terhadap kempen tersebut.

Bukan sekadar acara pelancaran, kemunculan mereka turut memberi peluang kepada peminat untuk melihat selebriti pilihan dengan lebih dekat dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

No Image Caption

Dapat emas

Apa yang menarik perhatian pada kempen kali ini ialah pelanggan berpeluang membawa pulang emas 1 gram (999.9) secara serta-merta menerusi pembelian kain bermeter.

Sebanyak 2,000 keping emas 1 gram (999.9), bersamaan dua kilogram emas, disediakan sepanjang tempoh kempen untuk pelanggan di seluruh Malaysia.

Jika bertuah, emas 1 gram itu boleh terus dibawa pulang pada hari yang sama.

Antara pilihan kain yang layak menyertai kempen termasuk cotton, songket, washable, linen dan brocade, selain kain bermeter lain yang dijual di premis berkenaan..

Produk lain juga boleh digabungkan dalam resit sama, asalkan nilai pembelian kain bermeter mencapai minimum RM200.

Dutaturunpadang

Kehadiran Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan isteri turut menjadikan acara pelancaran lebih hidup apabila mereka bersama-sama menyertai aktiviti khas yang dianjurkan untuk pelanggan.

Malah, peserta yang menyertai aktiviti sempena pelancaran turut berpeluang menerima emas 1 gram (999.9) secara percuma.

Menurut Director of Advertising & Promotion Jakel, Muzaffar Mohamed Jakel, pendekatan berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha pihaknya mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan.

No Image Caption

“Beli kain yang memang kita perlukan, scan QR dan terus tahu keputusan.

"Dengan 2,000 keping emas 1 gram (999.9) disediakan sepanjang kempen, kami mahu lebih ramai pelanggan di seluruh Malaysia merasai sendiri keterujaan Beli Kain Dapat Emas,” katanya.

Kempen berkenaan terbuka kepada warganegara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, tertakluk kepada terma dan syarat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang