Dari Lembah Klang ke Johor, NADA Identity himpunkan lebih 1,000 wanita dalam aktiviti kecergasan

No Image Caption
A
A
A

BERSENAM mungkin nampak seperti aktiviti individu, tetapi apabila dilakukan bersama-sama, suasananya boleh jadi jauh lebih menyeronokkan. Daripada sekadar mengejar langkah atau peluh, ia menjadi ruang untuk wanita bertemu, berkongsi tenaga dan sama-sama membina gaya hidup yang lebih aktif.

Semangat itu dibawa ke Johor apabila lebih 1,000 wanita menyertai sebuah aktivasi kecergasan yang dianjurkan NADA Identity, jenama pakaian aktif sopan (modest performance activewear) yang diasaskan selebriti media sosial, Nurin Afiqah.

Lebih menarik lagi, Johor menjadi lokasi pertama penganjuran aktiviti berkenaan di luar Kawasan Lembah Klang.

Bagi Nurin, kecergasan bukan sekadar berkaitan penampilan atau bentuk fizikal. Lebih penting, ia mengenai bagaimana seseorang wanita berasa selesa, yakin dan bebas bergerak ketika melakukan aktiviti yang digemari.

“Bagi NADA, kecergasan bukan sekadar tentang penampilan fizikal. Ia juga tentang keyakinan diri, keselesaan dan komuniti yang kita bina bersama.

“Kami mahu wanita mempunyai lebih banyak pilihan pakaian yang membuatkan mereka rasa selesa, yakin dan bebas bergerak, tanpa perlu memilih antara kesopanan, gaya dan prestasi,” kata Nurin.

No Image Caption

Selesa bergerak, yakin beraktiviti

Bagi sesetengah wanita, pemilihan pakaian ketika bersenam turut menjadi perkara yang perlu diberi perhatian, terutama apabila mahu kekal sopan tanpa menjejaskan keselesaan dan pergerakan.

Daripada keperluan itu, NADA Identity mengetengahkan pakaian aktif yang memberikan lebih litupan pada bahagian tubuh tertentu, selain menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan fungsi.

Seiring dengan perkembangan gaya hidup aktif, jenama berkenaan turut memberi perhatian kepada ciri prestasi dalam pakaian seperti teknologi anti-bau dan perlindungan UV UPF50 bagi koleksi terpilih.

No Image Caption

Namun, perkara yang lebih besar daripada pakaian ialah usaha membina komuniti wanita yang boleh bergerak dan kekal aktif bersama.

Dengan yuran penyertaan hanya RM15 untuk tiga aktiviti kecergasan, program sedemikian bukan hanya tentang melakukan senaman secara beramai-ramai, tetapi turut memberi peluang kepada wanita untuk berkenalan, berinteraksi dan saling memberi semangat dalam perjalanan masing-masing mengamalkan gaya hidup aktif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang