Inspirasi! Anak aktor Zulkifli Ismail, Dr Izazi raih anugerah kecemerlangan National University of Singapore, bangga ajar Bahasa Melayu
ANAK pelakon veteran Zulkifli Ismail, Dr Zulfati Izazi Zulkifli, 33, mencapai kejayaan membanggakan apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Pengajaran daripada National University of Singapore (NUS).
Zulfati Izazi yang mesra disapa Dr Izazi itu berkongsi berita membanggakan itu menerusi satu hantaran di Instagram.
"This is my first ever teaching award! Tidak dinafikan Perasaan yang sangat istimewa apabila menerima anugerah hanya kerana bercakap tentang perkara yang kita suka selama berjam-jam.
"Saya bersyukur dikurniakan para pelajar yang penuh semangat dan rakan sekerja yang sentiasa memberikan sokongan.
"Ada kalanya perjalanan ini terasa mencabar dan sunyi, tetapi kehadiran mereka menjadikan tempat ini terasa seperti rumah kedua, tempat saya menemukan kehangatan dan rasa kekitaan," titipnya.

Berkongsi perasaan dengan SinarPlus, Dr Izazi mengakui terharu apabila usaha dan komitmennya dalam bidang pendidikan mendapat pengiktirafan.
"Alhamdulillah, saya berasa gembira dan terharu sebab usaha kita dihargai, pada masa yang sama bangga kerana berpeluang untuk menonjolkan kaedah serta inovasi pengajaran Bahasa Melayu saya kepada pihak universiti.
Artikel penuh:
- Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan
- Dr Izazi angkat martabat bahasa Melayu di bumi Korea. Ini reaksi pelajar asing terhadap bahasa ibunda kita
- Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang
"Di sini saya mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa asing, satu amanah dan tanggungjawab yang agak besar untuk saya sebenarnya," kongsinya.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata itu pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pensyarah kanan sebelum melebarkan sayap ke Hankuk University di Korea Selatan dan seterusnya NUS.
Mengulas keputusan meneruskan kerjaya di luar negara meskipun sudah memegang jawatan pensyarah kanan, anak sulung Zulkifli Ismail itu melihat peluang berkenaan sebagai ruang untuk terus menimba ilmu dan mengembangkan potensi diri.

"Bagi saya, selagi ada peluang untuk belajar benda baru, tak rugi kalau kita mencuba.
"Saya rasa inilah peluang untuk terus belajar dan menimba ilmu daripada pakar dan pendidik lain yg hebat2 kat sini. berada di tempat orang juga mengajar saya untuk lebih matang, sama ada dari segi kerjaya atau peribadi," kongsinya.
Dalam pada itu, Dr Izazi turut menitipkan pesanan kepada wanita muda lain agar tidak meragui kebolehan diri sendiri dan terus berusaha mengejar perkara yang diminati.
"Jangan ragu-ragu dengan diri sendiri! Buat apa yang kita minat dengan bersungguh-bersunguuh dan konsisten. enjoy the journey dan kejayaan lain akan datang sendiri nanti insya-ALLAH," kongsinya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
