Anak Raja Azura raih Anugerah Naib Canselor UiTM, graduasi cemerlang dengan selempang pink. ‘Jalan terus, doa mama mengiringi...’

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat selebriti Raja Azura dan anak bongsunya, Puteri Mia Maizura yang menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan cemerlang.

Hadir menyaksikan penyampaian skrol diploma dan Anugerah Naib Canselor (ANC) pada istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 buat cahaya matanya, Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin meluahkan rasa bangga selain menghargai pengorbanan dua anak lelakinya yang turut menyokong perjalanan adik mereka.

"Tahniah baby menerima Anugerah Naib Canselor. Mama so proud of you baby semoga terus melangkah ke kejayaan dan kekayaan (nak nombor akaun mama tak?) 

No Image Caption

"Tidak lupa juga kepada keluarga yang terus menyokong perjalanan yang banyak liku ini. Terima kasih Ajiq dan Aqim selalu ada dengan adik kamu," titipnya.

Artikel berkaitan:

Menerusi hantaran di media sosial, pengacara Kilauan Emas Selebriti itu  dan memberi semangat untuk anaknya meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi.

No Image Caption

"Paling penting pari-pari syurga ku yang memberi doa dari syurga. Nanti kita test lagi doa ibu.

"Tahniah Baby, untuk ijazah kita cuba yang terbaik lagi. Jalan terus, doa mama mengiringi.," titipnya.

Sekadar info, selempang pink atau merah jambu ialah selendang kebesaran yang dipakai oleh graduan UiTM semasa majlis konvokesyen sebagai simbol kecemerlangan akademik tertinggi dan menamatkan pengajjian dengan keputusan kelas pertama.

Selain Puteri Mia Maizura, Raja Azura turut memiliki dua anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 22, dan Megat Luqman Hakim, 23.

Raja Azura terdahulu berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu namun berpisah pada 2010.

Sumber: TikTok

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang