'Pisang atau ayam...' Salur pernafasan tersumbat punca Murid Tahun Satu meninggal di sekolah, ini kronologinya
MURID Tahun Satu yang meninggal dunia di sekolah difahamkan berpunca daripada saluran pernafasan tersumbat. Bapa Allahyarham Damiya Nur Mikayla, 7, memaklumkan pengesahan doktor mendapati ada makanan dalam salur tersebut.
"Doktor memaklumkan saluran pernafasan anak saya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam.
"Namun punca sebenar belum dapat dipastikan,” katanya.
Berikut kronologi yang dikongsikan bapa mangsa, Mior Shahrizal Mior Zakaria:
1-Beliau memaklumkan telah bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan Damiya mengalami masalah pernafasan.
2-Sebaik tiba di sekolah, dia mendapati anaknya terbaring di koridor tingkat dua dalam keadaan tidak sedarkan diri.
3-Beliau cuba memberikan bantuan termasuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
4-Kira-kira 15 minit kemudian, ambulans tiba. Ketika itu, keadaan Damiya sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
Bapa berkenaan amat merasai kehilangan anak perempuan itu sangat rapat dengannya dan sering berkongsi cerita serta mengadu kepadanya apabila berdepan sebarang masalah.
Malah, kata Mior Shahrizal, dia mengambil keputusan berhenti kerja pada awal Januari lalu untuk memberi tumpuan kepada urusan persekolahan anak, termasuk menghantar dan mengambilnya setiap hari.

Ujarnya, Allahyarham anak yang sangat aktif dan menunjukkan tingkah laku berbeza pada hari sebelum kejadian.
"Biasanya, apabila balik sekolah agama, dia agak liat apabila disuruh mandi namun semalam apabila saya suruh mandi, dia terus bangun dan melakukannya sendiri.
"Dia juga memakai pakaian sekolah dan tudung sendiri tanpa meminta bantuan saya seperti kebiasaannya," katanya.
Biarpun pilu kehilangan cahaya mata yang disayangi, Mior Shahrizal menerima ketentuan itu reda.
Media terdahulu melaporkan kanak-kanak perempuan berkenaan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.
Berita berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dan memaklumkan laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.30 malam semalam.
Beliau berkata, mangsa yang berusia tujuh tahun itu bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Jelas beliau, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

