'Ada yang datang meminang, belum terbuka hati.' Ustaz Wadi Annuar dedah pernah kahwin, pilih hidup solo selepas berpisah

No Image Caption
A
A
A

PENDAKWAH kesayangan ramai, Ustaz Wadi Annuar Ayub terkenal dengan syarahan-syarahan agama Islam berkaitan kisah akhir zaman dan sirah para sahabat nabi.

Penyampaiannya yang menyentuh hati selain bersopan dan tertib orangnya menarik minat rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur.

Disebabkan itu, ramai yang meminati dan mahu jadikan beliau calon menantu dan suami atas keperibadiannya itu.

Pun begitu, tiada siapa yang tahu beliau sebenarnya pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

No Image Caption

Menerusi audio siar Apa Cerita? kendalian Ashraf Khalid dan Nazri Kamal, Ustaz Wadi, 40, membuat pendedahan pernah berkahwin seusai pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Sebenarnya saya sudah berkahwin dahulu selepas balik (dari belajar di luar negara), Alhamdulillah. (Tahun) 2008, lebih kurang pada tahun 2009.

“Kemudian beberapa tahun dan bahtera perkahwinan itu tidak lama. Sejak situ saya kekal (solo) sehingga ke hari ini seorang diri, Alhamdulillah,” katanya.

Menjawab teka-teki ramai, Lulusan Al Fatah Islamic Institute, Syria dalam bidang syariah dan Bahasa Arab itu turut memaklumkan perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata manakala kanak-kanak yang kerap mengikutinya ketika berdakwah adalah anak jiran.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ustaz Wadi juga mendedahkan belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga biarpun menerima banyak lamaran. Kehadiran pinangan ditolaknya dengan baik.

"Hari ini hari Ahad (hari rakaman), semalam Sabtu masih ada yang datang meminang saya lagi. Tetapi belum terbuka hati (berumah tangga)

“Pasti mahu berkahwin sebab saya juga ada perasaan.

"Sekolah menengah dahulu pun saya ada jatuh hati dekat orang, dekat universiti pun saya ada luahkan hasrat untuk menjadikan isteri namun waktu itu belum sampai masa,” ujarnya.

Pendedahan eksklusif Pengerusi Akademi Darul Ilmi dan pengasas institusi pendidikan serta kebajikan, Akademi Darul Iftak itu menerima pelbagai reaksi warga maya.

No Image Caption

Rata-rata mendoakan beliau tersebut dipertemukan dengan jodoh yang sesuai pada suatu hari nanti.

Ujar mereka:

"Subhanallah, tidak disebut pun cerai atau berpisah. Ustaz Wadi cukup menjaga akhlaknya. Semoga selalu dalam rahmat ALLAH selalu."

"Semoga Ustaz Wadi bertemu jodoh sesuai dengan keperibadiannya, insya-ALLAH."

"ALLAH sedang siapkan wanita sohehah untuk Ustaz, insya-ALLAH kami doakan."

"Semoga Ustaz terbuka hati untuk berumah tangga."

Sumber: YouTube

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang