Bukan sekadar sukan tradisional! Ini 5 tarikan syok di FPM 2026, siap ada persembahan Amy Search & Ella

A
A
A

RINDU nak main galah panjang, congkak atau tarik terompah gergasi? Hujung minggu ini, tiba masanya untuk anda throwback zaman kanak-kanak dengan aura yang penuh warna-warni dan lebih gempak!

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Persatuan Sukan Tradisional Malaysia (SUTRA) kembali menganjurkan Festival Permainan Malaysia (FPM 2026).

No Image Caption

Memasuki edisi ke-11 sejak 2015, acara gergasi ini bakal menggegar Padang Merbok, Kuala Lumpur dari 29 Oktober hingga 1 November 2026.

Lebih 3,000 peserta bakal berentap dalam tiga kategori iaitu Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Badan Beruniform, serta Sektor Korporat dan Agensi Kerajaan.

No Image Caption

Saingan hangat menanti dengan kemunculan semula johan bertahan seperti DBKL dan MAHB, selain penampilan julung kali Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta ribuan mahasiswa IPT!

No Image Caption

Bukan sekadar tontonan, anda sendiri boleh mencuba pelbagai aktiviti interaktif menerusi Permainan Legenda Rakyat, demonstrasi rejam batang tepus oleh masyarakat Orang Asal (JAKOA), bengkel pembuatan tanjak, seni bela diri, pertandingan gusti lengan, Kabaddi hingga ke pengalaman melayangkan wau secara maya menerusi Gamifikasi Wau.

No Image Caption

Bagi penggemar kecergasan, jangan lepaskan peluang menyertai Wau Run 2026 dan Senam Seni 2.0 x Zumba.

Penat beraksi? Rehatkan diri di Wellness Spa, cuci mata di jualan produk tempatan Borneo, dan nikmati sajian enak di Karnival Makanan Pasar Saloma.

No Image Caption

Festival disemarakkan lagi dengan konsert artis legenda tempatan seperti Amy Search, Ella, Kristal dan ramai lagi!

Pelaksanaan program itu turut mendapat kerjasama lebih 40 agensi kerajaan dan swasta.

No Image Caption

Maklumat lanjut, layari jwww.jkkn.gov.my atau media sosial @mysenibudaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang