‘Last jumpa ayah waktu kecil’ – Cik B sebak, kesal tak selalu hubungi bapa, titip pesan buat anak broken family

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN bapa meninggalkan kesan mendalam buat pempengaruh dan usahawan muda, Cik B.

Baru-baru ini, Cik B meluahkan rasa terkilan kerana tidak meluangkan lebih banyak masa untuk menghubungi arwah bapanya, Mohd Amin Yasin ketika hayat lelaki itu.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, menitipkan pesanan kepada mereka yang mempunyai hubungan renggang dengan ibu bapa agar tidak menangguhkan peluang untuk berbaik-baik dan menghargai hubungan kekeluargaan selagi masih ada kesempatan.

“Kalau ayah absent, mak absent ke, cubalah call. Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita nak cari. Itu penyesalan Cik B. 

"Kalau mereka masih ada, walaupun bad blood atau hubungan tidak bagus, cuba talk it out,” katanya dalam nada sebak.

No Image Caption

Mengimbas hubungan dengan Allahyarham, Cik B mengakui pertemuan terakhir mereka ialah ketika dia masih kecil. 

Jelas Cik B, keadaan itu membuatkan dia berasa kesal kerana tidak berkesempatan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama bapanya sebelum pemergiannya.

"Kalau kita tak tahu apa orang tu rasa, mungkin dia sudah berubah. Seperti Cik B, saya kerana apabila kita jumpa waktu, dia sudah tiada. Sebelum ni tak jumpa.

Artikel Berkaitan:

"Last jumpa ayah waktu kecil. Dia tetap ayah Cik B dan penyesalan itu tiada penghujung," kongsinya dengan mata yang berkaca.

Cik juga mengingatkan anak-anak daripada keluarga yang berpisah supaya tidak mengabaikan hubungan dengan ibu bapa, meskipun tidak tinggal bersama atau jarang bertemu.

"Bagi sesiapa yang masih ada mak ayah walaupun sudah bercerai, mereka tetap ibu bapa. Call lah walaupun tak dapat berjumpa selalu.

"Mungkin setahun jumpa dua tiga kali," tuturnya.

No Image Caption

Terdahulu, Allahyarham Mohd Amin menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu, iaitu bertepatan dengan hari lahir bekas isterinya, Datuk Seri Vida. 

Untuk rekod, arwah merupakan suami pertama usahawan berkenaan dan hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Cik B dan Muhammad Eric Zecquan yang lebih dikenali sebagai Kacak. 

Bagaimanapun, dua anak sulung Vida, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie, meninggal dunia dalam tragedi kebakaran pada 2013.

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang