Rutin kecantikan lebih praktikal, Garnier perkenal Micellar Water Pump baharu

No Image Caption
A
A
A

RUTIN kecantikan tidak semestinya perlu rumit untuk memastikan kulit sentiasa terjaga. Dalam kesibukan harian, produk yang praktikal dan mudah digunakan semakin menjadi pilihan, terutama bagi wanita yang mahu menjimatkan masa tanpa mengabaikan penjagaan diri.

Perubahan gaya hidup turut mempengaruhi cara pengguna memilih produk kecantikan. Selain mengambil kira kesesuaian dengan kulit, aspek kemudahan penggunaan dan reka bentuk yang praktikal juga menjadi antara pertimbangan.

Seiring perkembangan itu, Garnier memperkenalkan Micellar Water Pump, iaitu pembaharuan kepada rangkaian pembersih wajah ikoniknya yang kini hadir dengan format botol pam.

No Image Caption

Pengenalan produk berkenaan diraikan menerusi acara Garnier Pump It Up Micellar Party yang berlangsung di The Greybox, GMBB Kuala Lumpur pada 1 November lalu.

Mengangkat tema Discover a New Era of Garnier Micellar Water, acara eksklusif itu menghimpunkan wakil media, pencipta kandungan, rakan afiliasi dan tetamu jemputan dalam suasana santai serta interaktif.

Pelbagai aktiviti disediakan bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung, termasuk demonstrasi produk dan penerokaan zon aktiviti yang mengetengahkan identiti jenama tersebut.

Lebih menarik, acara berkenaan turut diserikan dengan elemen yang diinspirasikan daripada kumpulan K-pop, BABYMONSTER, sekali gus memberikan sentuhan budaya pop kepada pengalaman tetamu.

No Image Caption

Pilihan mengikut keperluan kulit

Dari segi produk, Micellar Water Pump mengekalkan teknologi micellar yang menjadi ciri utama rangkaian pembersih wajah Garnier, tetapi tampil dengan mekanisme pam yang lebih mudah digunakan.

Rangkaian berkenaan merangkumi Garnier Micellar Cleansing Water All-in-1 untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, Garnier Micellar Salicylic BHA bagi kulit berminyak dan mudah berjerawat serta Garnier Micellar Peeling Water dengan PHA + AHA untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat yang mempunyai masalah tekstur kulit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang