Eternity by Elfi tampil dengan koleksi barang kemas tempahan khas, beri kebebasan wanita cipta rekaan idaman
Setiap wanita mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih barang kemas. Ada yang selesa dengan rekaan ringkas untuk digayakan setiap hari, manakala sebahagian lagi lebih gemarkan perhiasan eksklusif yang mampu menyerlahkan penampilan ketika menghadiri acara istimewa.
Namun, mencari rekaan yang benar-benar menepati kehendak sendiri bukan selalu mudah. Ada kalanya pilihan di pasaran cantik dipandang, tetapi belum tentu sesuai dengan gaya atau sentuhan peribadi yang diinginkan.
Melihat kepada keperluan itu, Elfi Jewellery memperkenalkan Eternity by Elfi, jenama barang kemas tempahan khas yang memberi peluang kepada pelanggan menghasilkan rekaan mengikut cita rasa dan impian masing-masing.
Konsep tersebut diperkenalkan menerusi penampilan sulung Eternity by Elfi di pentas peragaan Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 yang berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights.
Menerusi tema Her 4 Facets, koleksi berkenaan mengetengahkan lapan set barang kemas yang diinspirasikan daripada empat suasana berbeza dalam kehidupan wanita.

Pengarah Urusan dan Pengasas Elfi Jewellery, Mohd Nazrin Abdul Rahim berkata, pihaknya mahu memberikan ruang kepada pelanggan untuk merealisasikan idea serta rekaan barang kemas yang diimpikan.
"Melalui Eternity by Elfi, apa sahaja rekaan yang diimpikan pelanggan kami dapat dihasilkan khas untuk mereka," katanya.
Hannah Delisha terus jadi wajah Elfi Jewellery
Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha yang menjadi duta Elfi Jewellery sejak Julai 2025 turut hadir menyaksikan pengenalan koleksi berkenaan.
Hannah menyifatkan kepelbagaian rekaan yang ditawarkan sebagai antara perkara yang menarik perhatiannya sejak mula bekerjasama dengan jenama itu.
Menurutnya, setiap wanita mempunyai cita rasa berbeza, justeru pilihan barang kemas yang pelbagai membolehkan mereka mencari perhiasan mengikut personaliti masing-masing.
"Personally, I love jewellery. Siapa yang tak suka? Kita wanita memang suka benda-benda cantik untuk naikkan seri kita.
"Saya suka konsep Elfi Jewellery sebab semua koleksi mereka cantik-cantik, tetapi harganya sangat affordable. Jadi, setiap wanita boleh rasa cantik apabila memakai barang kemas," katanya.

Hannah turut mengakui tertarik dengan rekaan Starlight Lemon yang digayakannya pada acara tersebut kerana tampil lebih menonjol berbanding rekaan minimalis yang sering dikaitkan dengan koleksi terdahulu jenama berkenaan.
Biarpun menggemari emas kerana warnanya lebih sesuai dengan tona kulit, Hannah melihat pilihan perak, emas putih dan platinum turut memberikan variasi kepada pencinta barang kemas.
Dalam masa sama, beliau menyambut baik konsep tempahan khas Eternity by Elfi kerana pelanggan berpeluang mendapatkan perhiasan yang lebih dekat dengan kehendak serta gaya peribadi.
Bagi Hannah, barang kemas juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana selain berfungsi sebagai aksesori, pembelian emas boleh menjadi salah satu bentuk simpanan.

"Kadang-kadang saya beli barang kemas sebab nak cantik sahaja. Tetapi ada masanya saya rasa melabur dalam emas juga satu perkara yang baik sebab kita dapat kedua-duanya.
"Kita dapat melabur dan pada masa sama boleh nampak cantik," ujarnya.

Elfi Jewellery dan Eternity by Elfi merupakan Rakan Barang Kemas Rasmi FMA 2026, sekali gus menjadikan pentas peragaan tersebut sebagai ruang memperkenalkan pendekatan baharu jenama itu dalam memenuhi cita rasa pencinta barang kemas.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
