Dirumus khas untuk kulit Asia, Clera Cera ketengahkan penjagaan kulit berasaskan kepakaran dermatologi
KULIT bukan sekadar memerlukan penjagaan untuk kekal bersih dan kelihatan segar. Dalam keadaan cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, benteng pelindung semula jadinya juga perlu diberi perhatian bagi memastikan kulit kekal sihat dan terhidrat.
Apatah lagi, pendedahan kepada pencemaran, tabiat mencuci muka terlalu kerap serta penggunaan produk yang bersifat keras boleh menyebabkan lapisan pelindung kulit menjadi lemah. Kesannya, kulit lebih mudah mengalami kekeringan, iritasi dan sensitif terhadap faktor persekitaran.
Menurut Pengarah Klinikal Pusat Teknologi Perubatan dan Inovasi, NHG Health merangkap Pakar Perunding Kanan Dermatologi di Pusat Kulit Kebangsaan Singapura, Profesor Madya Tey Hong Liang, keadaan tersebut sering dilihat dalam kalangan pesakit yang mempunyai kulit sensitif.
“Pendedahan kepada pencemaran dan iklim panas serta lembap, ditambah pula dengan tabiat kerap mencuci kulit dan penggunaan produk yang bersifat keras, boleh melemahkan benteng pelindung kulit Asia dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau menjelaskan, benteng kulit bergantung pada lipid semula jadi seperti seramida yang membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi permukaan kulit.

Justeru, penjagaan secara lembut dan konsisten menggunakan formulasi ringan yang selesa untuk kegunaan harian amat penting.
Kenali keperluan kulit sendiri
Dalam rutin harian, pemilihan produk penjagaan kulit tidak seharusnya dibuat berdasarkan trend semata-mata. Sebaliknya, pengguna perlu memahami keadaan kulit masing-masing dan mengelakkan penggunaan produk yang boleh menyebabkan iritasi.
Rutin penjagaan juga tidak semestinya perlu panjang atau menggunakan terlalu banyak produk. Perkara lebih penting ialah konsistensi, pemilihan produk bersesuaian dan perlindungan daripada faktor persekitaran.

Keperluan tersebut turut mendorong perkembangan produk penjagaan kulit yang mengambil kira ciri kulit masyarakat Asia.
Antaranya menerusi pengenalan Clera Cera, rangkaian penjagaan kulit hasil kerjasama DFI Retail Group dengan NHG Health, termasuk kepakaran dermatologi Pusat Kulit Kebangsaan Singapura.
Rangkaian sembilan produk itu merangkumi penjagaan badan, wajah, serum khusus dan perlindungan matahari, dengan formulasi yang mengambil kira keperluan kulit sensitif serta keadaan iklim lembap.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan DFI Retail Group, Curtis Liu berkata, kerjasama tersebut bertujuan membawa kepakaran klinikal lebih dekat dengan pengguna.
“DFI Retail Group bukan sekadar menjual produk kesihatan dan kesejahteraan, malah kini turut membangunkannya dengan sokongan kepakaran klinikal Pusat Kulit Kebangsaan di bawah NHG Health,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Lembaga Perubatan (Penyelidikan), NHG Health, Profesor Benjamin Seet memberitahu, kerjasama tersebut membolehkan pengetahuan klinikal dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
“Apa yang sangat bernilai tentang kerjasama dengan DFI Retail Group ialah keupayaan kami untuk membawa penjagaan berasaskan bukti kepada masyarakat di mana mereka berada, melangkaui hospital dan klinik,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kesihatan kulit hanyalah permulaan kepada kerjasama lebih luas yang berpotensi merangkumi bidang pemakanan warga emas dan penjagaan di rumah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

