2 bulan bertahan, lelaki pertama terima jantung khinzir diubah suai genetik meninggal dunia

A
A
A

BARU-baru ini SinarPlus berkongsi mengenai kejayaan pakar bedah Pusat Perubatan Universiti Maryland membuat pemindahan jantung babi pertama di dunia kepada seorang pesakit.

Pembedahan eksperimen yang dilakukan pada 7 Januari lalu menggunakan jantung daripada haiwan yang diubah suai secara genetik khas untuk tujuan itu.

Bagaimanapun Pesakit, David Bennett, 57, dilaporkan hanya bertahan selama dua bulan selepas menghembuskan nafas terakhir Selasa lalu.

Baca juga: Pertama Di Dunia, Pakar Bedah AS Pindahkan Jantung Khinzir Diubah Suai Genetik Kepada Pesakit Manusia

Punca kematian tidak didedahkan namun menurut kenyataan hospital, kesihatan lelaki itu mula merosot beberapa hari lalu.

"Selepas jelas bahawa dia tidak akan sembuh, dia diberi penjagaan paliatif,.

“Dia dapat berkomunikasi dengan keluarganya pada waktu terakhirnya," kata jurucakap hospital.

Seperti yang dilaporkan NBC, anak lelaki Bennett, David Bennett Jr. mengucapkan terima kasih kepada pakar dan semua yang terlibat.

Bennet (tiga dari kiri) bersama keluarga sebelum pembedahan.

"Usaha, komitmen memereka dan kehendak bapa saya yang terus berusaha untuk hidup mewujudkan persekitaran yang penuh harapan.

"Sehingga ke akhirnya, bapa saya terus berjuang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta. Kami dapat menghabiskan masa beberapa minggu yang berharga bersama semasa dia pulih daripada pembedahan pemindahan. Ia tidak akan diperolehi tanpa usaha ajaib ini," katanya.

Pemindahan jantung yang dilalui Bennett merupakan sejarah penting dalam bidang pemindahan xeno (xenotransplantation) yang cuba mencari solusi dalam menangani krisis kekurangan organ manusia untuk pesakit.

Dr Griffith di samping Bennet selepas pembedahan.

“Bennett dikenali oleh berjuta-juta orang kerana keberanian dan ikhtiar untuk hidup,” kata Dr Bartley P. Griffith, pakar yang melakukan pembedahan itu.

Griffith menyifatkan pembedahan pemindahan pertama di dunia menggunakan jantung yang diubah suai secara genetik itu adalah titik tolak kepada seperti mana-mana peningkatan potensi dan memberikan manfaat menyelamatkan nyawa kepada pesakit masa depan.

Terdahulu, sebelum pemindahan, Bennett menderita masalah degupan jantung tidak teratur hingga terlantar di hospital selama enam minggu dan disambungkan ke mesin pintasan jantung paru-paru.

Terdahulu, seorang bayi bernama Fae bertahan selama 21 hari selepas menerima pemindahan jantung babun pada tahun 1984.

Baca juga: Legakan Batuk Guna 2 Bahan Mudah, Petua Dikongsi Dr Rizal

Jangan lupa follow kami Instagram! danlayari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang