20 saat pengalaman ngeri penumpang Qatar Airways, 12 alami kecederaan akibat gelora udara

Copy of Copy of gambar portal_20240528_082300_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240528_082300_0000
A
A
A

 

SELEPAS enam hari insiden pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju Singapura mengalami keadaan gelora udara kuat hingga menyebabkan seorang maut.

Terbaharu, situasi sama berlaku terhadap penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Ireland. Biarpun tidak mengakibatkan kematian, namun 12 penumpang termasuk krew mengalami kecederaan.

Menurut kenyataan Lapangan Terbang Dublin, pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat dan seperti yang dijadualkan.

"Penerbangan QR017, Boeing 787 Dreamliner, mendarat sebelum 1 tengah hari waktu Dublin (1200 GMT).

"Setelah mendarat, ia diberikan perkhidmatan kecemasan, termasuk polis Lapangan Terbang dan jabatan Bomba dan Penyelamat kami, berikutan 6 penumpang dan 6 anak kapal di dalam pesawat dilaporkan cedera selepas pesawat mengalami gelora udara di Turki," katanya.

Salah seorang penumpang berkata, kejadian itu berlangsung kurang daripada 20 saat dan berlaku ketika perkhidmatan makanan dan minuman sedang diberikan.

"Ada yang tidak sempat memakai tali pinggang dan berdiri terpelanting ke siling," katanya.

Seorang lagi pula menambah, keadaan berkenaan menakutkan kerana pesawat seperti bergerak tetapi sebenarnya berhenti fungsi sekejap.

"Ia seolah-olah jatuh dan naik semula (dalam 20 saat itu) dan kami bernasib baik kapten dapat mengawalnya dengan baik," ujarnya.

Qatar Airways berkata, beberapa penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan perubatan.

Syarikat penerbangan itu tidak mengulas secara langsung mengenai insiden itu, tetapi memaklumkan ia tertakluk kepada siasatan dalaman.

Dari 2009 hingga 2018, agensi AS mendapati bahawa gelora udara menyebabkan lebih daripada satu pertiga daripada kemalangan syarikat penerbangan.

Walaupun mengakibatkan satu atau lebih kecederaan serius, tetapi tiada kerosakan pesawat dilaporkan.

Sumber CNN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang