SERAMAI 24 orang anak kecil kehilangan nyawa dalam kejadian amuk di sebuah taska di wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand.

Insiden tragis pada 6 Oktober itu mengakibatkan keseluruhan 36 orang maut yang mana 12 daripadanya adalah orang dewasa.

Dalam perkembangan terbaru, Bangkok Post melaporkan ahli keluarga mangsa berkabung di luar taman asuhan kanak-kanak itu di Nong Bua Lamphu untuk memberi penghormatan. Pilu dan sedih, rata-rata menangis meratapi anak serta ahli keluarga yang terkorban.

Bendera di bangunan-bangunan kerajaan di Thailand  dikibarkan separuh tiang pada Jumaat sebagai tanda berkabung susulan insiden dahsyat itu.

Baca juga: Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh kerusi bayi, berikut 10 info kronologi kejadian

Kredit foto: Bangkok Post

Sedih dan pilu, tentunya ibu bapa dan ahli keluarga tidak menjangka akan kehilangan anak kecil mereka yang tidak berdosa dalam sekelip mata. Berikut adalah info dan kronologi kejadian tragis yang mengorbankan 36 nyawa itu:

1-Suspek, Panya Khamrap, 34, merupakan bekas aggota polis berpangkat sarjan menggunakan senjata pistol 9mm dan pisau dipercayai dalam pengaruh dadah ketika melepaskan tembakan selepas menyerbu pusat penjagaan kanak-kanak yang terletak di daerah Na Klang itu.

2-Ibu kepada suspek memberitahu anaknya terlebih dahulu menghadiri perbicaraan kes berkaitan dadah di mahkamah pada pagi. Selepas pulang, lelaki berkenaan kelihatan tertekan dan didakwa telah mengambil bahan terlarang.

3-Lelaki berkenaan kemudian menuju ke pusat penjagaan kanak-kanak berkenaan. Dia kelihatan gelisah selepas tidak menemui anaknya kemudian melepaskan tembakan ke arah beberapa kakitangan yang sedang makan tengah hari mengakibatkan empat daripadanya maut.

Baca juga:Sayunya, ditinggal ibu ayah mencari rezeki, anak 3 tahun maut dalam jagaan kenalan bapa. Berikut 10 info berkaitan

Kredit foto: The Nation

4-Suspek berkenaan kemudian masuk ke dalam pusat penjagaan berkenaan dan melepaskan lebih banyak tembakan.

5-Menurut polis, selepas tembakan lelaki bersenjata itu memandu trak pikapnya pulang rumah yang terletak lima kilometer dari taska berkenaan.

6-Suspek kemudian menembak isteri dan anak berusia tiga tahun sebelum menamatkan riwayat dirinya sendiri pada sekitar jam 3.00 petang.

7-Pemangku pengetua prasekolah berkenaan, Nanthicha Punchum menceritakan semula kejadian ngeri itu.

8-“Penembak itu memecahkan pintu taska dengan kaki kemudian masuk ke dalam dan mengelar kanak-kanak dengan pisau.” katanya kepada AFP.

9-Salah seorang mangsa yang maut ialah seorang guru yang sedang hamil lapan bulan.

10-Seorang kanak-kanak dilaporkan terselamat. Ketika serangan difahamkan semua kanak-kanak di taska berkenaan sedang tidur dan mangsa yang terselamat tersembunyi di sebalik selimut.

11-Ketua Polis Thailand, Damrongsak Kittiprapat memberitahu pemberita bahawa suspek, Panya adalah bekas anggota polis berpangkat sarjan dan telah digantung tugas pada Januari. Lelaki itu kemudian dipecat pada Jun lalu atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Iklan

Baca juga: 17 kanak-kanak maut rusuhan bola sepak Indonesia, 6 info kesan gas pemedih mata

Kredit foto: Pixabay

12-Beliau berkata suspek menggunakan pistol yang dibeli secara sah. Beliau mengesahkan suspek telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan berkaitan dadah.

13-Seorang lagi saksi kejadian, Paweena Purichan, 31, berkata suspek berkenaan diketahui ramai sebagai penagih dadah oleh penduduk di kawasan sekitar.

14-Paweena melihat lelaki berkenaan memandu secara bahaya ketika dia melarikan diri hingga mengakibatkan dua orang cedera. “Saya memecut lari, ketika itu darah ada di mana-mana,” katanya kepada AFP.

15-Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha mengarahkan siasatan segera dilakukan ke atas serangan itu yang berlaku kurang tiga tahun daripada insiden amuk tragis seorang tentera berpangkat komando menembak mati 29 orang awam pada 8 Feb 2020.

Iklan

Difahamkan Kementerian Kehakiman negara itu akan memberikan pampasan sehingga 110,000 baht bagi setiap mangsa yang terlibat.

Baca juga: 2 beradik maut, adik direnjat elektrik ketika selamatkan abang, 13 info ibu-ibu perlu tahu

Sumber: Bangkok Post 1, 2, The Nation

Kredit foto utama:  The Nation

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.