KANAK-kanak biasanya akan diletakkan pada kerusi bayi agar mereka dapat menikmati makanan tanpa ibu bapa perlu mendukung atau meriba.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak berusia di Johor Bahru maut selepas terjatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran.

Berita kronologi kejadian yang dikongsikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Faril Ammar Abdullah.

Baca juga: 17 kanak-kanak maut rusuhan bola sepak Indonesia, 6 info kesan gas pemedih mata

1.Pada 4 Oktober 2022, kira-kira 5.23 petang, Polis Daerah Johor Bahru Utara telah menerima laporan daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang mana anaknya meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi ketika sedang makan bersama keluarga di sebuah restoran yang terletak di sekitar Taman Sutera, Johor Bahru.

2.Menerusi siasatan, polis mendapati kanak-kanak berusia dua tahun itu telah dibawa ibu bapanya ke restoran berkenaan pada kira-kira jam 3.00 petang.

3.Kanak-kanak kecil itu telah diletakkan pada kerusi bayi.

4.Bagaimanapun semasa sedang makan, si kecil berkenaan telah bertindak di luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya sehingga menyebabkan kerusi bayi yang diduduki terjatuh ke belakang.

Baca juga: Tular kanak-kanak mengigau nak ke sekolah pada waktu Maghrib, ramai anggap lucu, tapi ini sebabnya

Kredit foto: Pexels (Mathias Reding)

 

5.Pergerakan itu menyebabkan kepala si kecil berkenaan terhentak pada lantai.

6.Polis turut memaklumkan insiden berkenaan menyebabkan si kecil itu menangis dengan kuat lalu pengsan. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh pekerja di restoran.

7.Sejurus kejadian itu, bapanya telah bergegas membawa si kecil berkenaan ke sebuah klinik swasta.

8.Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu yang serius menyebabkan doktor di klinik tersebut meminta bapa berkenan menghantar anaknya ke hospital.

9.Bapanya telah membawa anak kecil itu ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor Bahru dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

10.Pada 5 Oktober 2022, bedah siasat akan dijalankan oleh di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah. Johor Bahru bagi mengetahui punca kematian.

11.Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu. Kertas siasatan sudden death report telah dibuka dan siasatan masih diteruskan.

Baca juga: Sayunya, ditinggal ibu ayah mencari rezeki, anak 3 tahun maut dalam jagaan kenalan bapa. Berikut 10 info berkaitan

Gambar hiasan. (Kredit foto: Pexels –Vanessa Loring)

TIP KESELAMATAN KERUSI BAYI

Memang benar ‘baby chair’ diciptakan untuk bayi. Namun untuk meletakkan si kecil padanya, anda perlu mengikuti panduan yang betul agar situasi selamat.

Berikut lapan langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa sebelum meletakkan bayi pada kerusi bayi:

1-Anak anda boleh menggunakan kerusi bayi apabila mereka berupaya duduk tegak tanpa sokongan dan boleh memakan makanan pejal.

Iklan

2-Apabila menggunakannya, elakkan daripada meletakkan kerusi bayi berhampiran objek seperti dinding atau kerusi yang boleh ditolak oleh anak anda menyebabkan kerusi terbalik.

3-Pastikan anak anda menggunakan tali keselamatan atau abah-abah.

4-Sentiasa merujuk manual pengguna semasa memasang kerusi bayi. Sesetengah pengeluar juga menawarkan video YouTube yang yang memberikan arahan langkah demi langkah.

Baca juga: Dipandang serong bawa anak guna tali ‘anti lost’, wanita tampil jelas keselamatan anak

5-Sentiasa memeriksa kerusi bayi yang digunakan dari masa ke semasa. Semak kerosakan dan periksa strukturnya sama ada masih kukuh dan stabil sebelum digunakan.

6-Pastikan bayi anda menggunakan tali keselamatan atau abah-abah.

7-Pastikan anda meletakkan kerusi tersebut di kawasan yang boleh dilihat jelas dan  mempunyai akses pantas supaya anda boleh bertindak cepat sekiranya berlaku sesuatu.

Iklan

8-Paling penting, jangan sekali-kali meninggalkan anak anda tanpa pengawasan.

Justeru berhati-hatilah dan berwaspada meletakkan anak pada kerusi bayi.

Baca juga: 5 kes tragis culik, bunuh kanak-kanak menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Sumber: Bernama TV, Cnet

Kredit foto utama: Pexels (Sarah Richardson)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi