MASALAH kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.

Kembung perut pada bayi menjadikan dia tidak selesa sehingga sukar tidur dan mudah menangis tanpa sebab yang jelas.

Begitu juga dengan kejadian kepada seorang bayi berusia 40 hari ini.

Oleh kerana dikatakan mengalami kembung perut, bayi tersebut di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun lain kejadian apabila pasukan perubatan menemukan satu janin di dalam perut bayi berkenaan.

Pelik tapi benar! Ya, ia merupakan satu kes perubatan yang jarang sekali berlaku.

Perkara aneh yang berlaku kepada bayi di Motihari, Bihar, India itu telah meraih perhatian ramai.

Menurut laporan NDTV, bayi tersebut pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari bagi mendapatkan rawatan kerana perut kembung.

Difahamkan, bayi itu tidak dapat membuang air kecil dengan baik akibat masalah perut kembung itu.

Doktor di pusat perubatan itu, Dr Tabrez Aziz telah memeriksa bayi terbabit dengan melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengenal pasti punca sebenar namun terkejut selepas mendapati terdapat janin di dalam perut bayi itu.

Menurutnya, dalam istilah perubatan, kes itu dipanggil sebagai ‘foetus in foetu’ dan ia merupakan kes yang jarang kali berlaku, hanya dialami satu dalam setiap lima juta pesakit.

Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah dikenal pasti di mana janin dilihat berkembang di dalam perut bayi berusia 40 hari.

Ia dipanggil fetus dalam janin. Bayi itu telah menjalani pembedahan dan keadaannya stabil. Bayi berkenaan juga kini dilaporkan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital.

Walaupun kes sebegini jarang berlaku dan belum pernah terjadi di negara kita, masalah bayi kembung perut mestilah diatasi segera bagi keselesaannya.

Baca juga Hilang dikatakan disorok bunian, kisah doktor ini mengejutkan ramai apabila muncul plot twist tak disangka

Iklan

Berikut petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering mengeluarkan angin;

1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut.

2. Posisi penyusuan, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut. Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka.

3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu. Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan. Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.

Baca juga Lelaki ‘rawat’ luka haiwan dengan besi pengokot diharamkan memiliki haiwan peliharaan selama 7 tahun!

Iklan

4. Pemilihan makanan bersesuaian. Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan. Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut. Jika bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.

Sumber: NDTV

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI