3 kanak-kanak jadi mangsa rempuhan kereta, CCTV rakam kejadian

rempuhan
rempuhan
A
A
A

SAYU hati apabila melihat satu rakaman video yang sedang tular ketika ini memaparkan tiga orang kanak-kanak menjadi mangsa rempuhan kereta.

Daripada CCTV, jelas menunjukkan kejadian yang berlaku di sebuah kedai roti di Vietnam itu, kanak-kanak berkenaan tidak sempat untuk melarikan diri.

Menurut portal Tuoi Tre News, Polis Daerah Thanh Khe mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, pada Ahad.

Menurut laporan, seramai enam orang mangsa termasuk tiga kanak-kanak tersebut dilaporkan cedera. Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Mengikut saksi kejadian, difahamkan kenderaan yang memiliki tujuh tempat duduk itu dipercayai datang dari arah pusat Da Nang menuju ke Daerah Thanh Khe.

Namun kenderaan jenis MPV itu tiba-tiba memecut laju berhampiran sebuah terowong di persimpangan Jalan Dien Bien Phu dan Nguyen Tri Phuong dan terus merempuh kedai roti itu.

Sejurus kemalangan berlaku, pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas serta menyiasat rempuhan terbabit.

Sehingga hari ini, kes rempuhan ini masih lagi dalam siasatan.

Baca juga: Sempat Tinggal Pesan Sayang Ibu Ayah, Remaja 14 Tahun Maut Terjatuh Permainan ‘Fun Fair’ Setinggi 430 Kaki

Baca juga: Tragedi 2 Ramadan, Kemalangan Ragut Nyawa 4 Juruteknik, Berikut Kronologi Kejadian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang