MIMPI ngeri buat 30 ratu cantik di Thailand ini apabila mereka dikatakan jatuh serentak ke dalam air.

Menurut The Sun, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang bergambar di atas sebuah jambatan gantung.

Katanya, gadis-gadis itu sedang elok berbaris di atas jambatan itu sambil memegang minuman dan beraksi di hadapan kamera.

Namun secara tiba-tiba, jambatan gantung itu runtuh sekali gus kesemuanya terjerumus ke dalam kolam tersebut.

Difahamkan 30 gadis tersebut adalah peserta Miss Thailand 2020.

Sebagai sebahagian daripada acara pertandingan, mereka dikehendaki bergambar di jambatan gantung diperbuat daripada tali yang dihubungkan dengan keluli di sebuah kafe.

Walau bagaimanapun, strukturnya tidak dapat menahan berat badan mereka dan menyebabkan  mereka jatuh ke dalam kolam air.

30 ratu cantik jatuh dalam kolam, jambatan tiba-tiba runtuh

Tiga daripada gadis itu cedera ringan dan seorang daripada mereka mengalami lebam di dahi.

Mereka semua dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Iklan

Pemilik kafe, Worapot Chatkanjana berasa malu dengan kejadian sedemikian dan telah menanggung kos rawatan bagi peserta yang cedera sebanyak £ 12,500 (RM67, 620).

Dia juga akan membayar kepada peserta lain untuk membersihkan pakaian mereka secara profesional.

“Saya tidak tahu mengapa jambatan itu roboh. Ia kuat, tetapi tidak dapat mengatasi berat gadis-gadis itu.

“Kami akan membuat penambahbaikan pada jambatan itu pada masa akan datang untuk menjadi lebih kuat,” katanya.

Baca juga Penyakit misteri di India, seorang maut dan ratusan sedang dirawat

Iklan

Sementara itu 27 peserta pertandingan kecantikan itu tetap meneruskan acara dan tiga yang cedera terpaksa berehat seketika.

Pengarah Miss Thailand 2020, Dr Adisorn Suddee turut mengatakan kebiasaannya pertandingan diadakan di Bangkok, namun kali ini mereka memilih Chiang Mai dan yakin ia akan selamat dan terjamin.