Penyakit misteri di India, seorang maut dan ratusan sedang dirawat

A
A
A

BEBERAPA hari lalu India digemparkan dengan satu penyakit misteri. Covid-19 pun belum reda lagi, kini ditambah dengan penyakit misteri.

Menurut BBC News Indonesia, jumlah orang yang terkena penyakit misteri itu terus meningkat sejak 7 Disember lalu.

Sehingga kini, seorang maut dan 227 orang sedang dirawat di hospital.

Kata seorang doktor, pesakit berasal dari Eluru, Andra Pradesh, India Selatan mengalami pelbagai gejala seperti mual, kejang dan pengsan.

Sejumlah katil di Hospital Eluru telah disiap sedia untuk menampung pesakit.

Pihak berkuasa di India sedang menyiasat penyebab penyakit yang masih belum diketahui yang mula merebak hujung minggu lalu.

Penyakit misteri ini muncul ketika India sedang memerangi wabak Covid-19.

Penyakit misteri di India, seorang maut dan ratusan sedang dirawat

Difahamkan, Andhra Pradesh adalah sebuah tempat yang paling teruk terjejas, lebih 800,000 kes positif Covid-19, kes ketiga tertinggi di India.

Baca juga Taksub cinta janda, warga emas kerugian lebih RM200 ribu

Menteri kesihatan, Alla Kali Krishna Srinivas mengatakan bahawa pesakit-pesakit yang hidap penyakit misteri telah diuji Covid-19 namun semuanya negatif.

Seorang pegawai perubatan di Hospital Eluru memberitahu The Indian Express mengatakan individu yang terjena jangkitan terutamanya kanak-kanak akan mengalami muntah secara tiba-tiba dan terasa panas mata. Sebahagian dari mereka pengsan dan ada yang terkena sawan.

Sehingga kini, 70 orang telah keluar dari hospital, sementara 157 pesakit lain masih dirawat.

Pasukan perubatan khas dihantar untuk menyiasat penyakit misteri itu.

Semoga tidak memasuki negara kita penyakit misteri ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang