SELAIN menjadi salah satu sistem transit bawah tanah yang paling cekap dan termurah di dunia, sistem kereta api Moscow Metro juga pasti salah satu yang paling indah.

Walaupun terdapat banyak pemandangan yang menakjubkan di Moscow, perkara yang korang tidak akan lupakan adalah stesen metro yang indah apabila pulang dari percutian di Rusia.

Dengan hiasan mozek Soviet, dewan yang penuh dengan gantungan lampu candelier, lukisan berwarna-warni dan patung-patung besar. Metro Moscow mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Melalui satu video dari nikiproshin  di aplikasi Tiktok, terdapat beberapa stesen Moscow Metro Subway yang tercantik di dunia.

1. Stesen Mayakovskaya

6 stesen kereta api terindah ada Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi
Stesen Metro Mayakovskaya kelihatan seperti dewan tari menari! Lengkungan yang luas, kubah besar dengan lampu dan karya mozek menjadikan pintu keluarnya sangat luar biasa. Seni bina dalaman karya Art Deco ini dibuka pada tahun 1938.

Ia direka oleh arkitek Alexey Dushkin dengan mozek berdasarkan lakaran Alexander Deineka. Temanya adalah ‘24 Jam di Tanah Soviet’ dan mereka menggambarkan tema Soviet yang popular.

2. Stesen Kievskaya

6 stesen kereta api terindah ada Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi
Stesen yang terletak di Circle Line ini dibina dibawah pengawasan peribadi pemimpin Soviet Nikita Khrushchev. Dengan hiasan yang elegan dan pelbagai mozek, Khrushchev ingin memberi penghormatan kepada tanah airnya di Ukraine.

Sama seperti di stesen lain, lobinya dihiasi dengan marmar dan granit manakala tiang dihiasi dengan 18 panel mozek dalam tradisi Florentine. Stesen Metro Kiyevskaya ini lebih romantis kerana adanya lukisan yang indah dan hiasan bertema klasik.

3. Stesen Belorusskaya

6 stesen kereta api terindah ada Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi
Stesen ini mempunyai gerbang berprestij dengan penggunaan mozek bentuk segiempat mosaik Republik Soviet Sosialis. Antara yang menjadi titik fokus stesen metro ini ialah arca patung besar tiga lelaki yang memegang senjata dan bendera.

4. Stesen Novoslobodskaya

6 stesen kereta api terindah ada Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi
Stesen yang dibuka pada 30 Januari 1952 ini terkenal dengan 32 panel kaca berwarna yang direka oleh artis Pavel Korin. Tiang di ruang utama stesen metro Novoslobodskaya mempunyai hiasan kaca yang berwarna-warni.

Iklan

5. Stesen Prospect Mira

6 stesen kereta api terindah ada Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi
Terletak di utara Moscow di tengah Jalan Koltsevaya, Prospekt Mira adalah salah satu stesen Metro Moscow terbaik untuk dikunjungi.

Reka bentuk dan tema stesen mewah ini menggambarkan Taman Botani Universiti Negeri Moscow yang berdekatan. Dibuka pada tahun 1952, Prospekt Mira menggabungkan seni bina Kerajaan Yunani dan Rusia dengan tiang-tiang putih yang dihiasi dengan hiasan keramik bunga yang cantik, lampu candelier dan lantai jubin kekotak hitam dan kelabu.

6. Stesen Komsomolskaya

6 stesen kereta api terindah ada Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi
Stesen ini merupakanyang paling menarik. Komsomolskaya lebih menyerupai rekaan dalaman dewan tari menari daripada stesen kereta api. Ia yang juga dibuka pada tahun 1952 adalah sebahagian daripada pengembangan Metro tahap kedua.

Iklan

Stesen ini mengabadikan karya agung baroque dalam penggunaan mozek berlapis emas di siling dan dinding. Ia adalah bagi mengingati kenangan perwira mereka iaitu Nevsky, Donskoy dan pemimpin tentera mereka yang hebat lain.

Baca juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel

Sementara itu, visi awal Stalin tentang “People’s Palace” dianggap telah tidak sesuai pada tahun kemuncak Soviet di mana fungsi lebih digemari berbanding bentuk, konsep stesen Metro yang asli dan unik tetap tidak pernah luntur.

Oleh kerana Rusia terus memperluaskan sistem kereta api metro mereka untuk sehingga muncul sebagai yang ketiga terbesar di dunia.

Sumber: Tiktok