60 peratus rakyat Singapura tidak cukup tidur akibat Covid-19

60 peratus rakyat Singapura tidak cukup tidur akibat Covid-19
60 peratus rakyat Singapura tidak cukup tidur akibat Covid-19
A
A
A

PERNAH atau tidak korang terbaca atau terdengar bahawa rakyat Singapura adalah antara penduduk yang paling kurang tidur di dunia?

Ya! Dalam satu tinjauan yang dijalankan di 43 bandar pada 2014, Singapura adalah negara ketiga dengan penduduk paling kurang tidur, selepas Tokyo dan Seoul.

Dalam tinjauan baru-baru ini yang melibatkan 12 negara pada 2018, Singapura menduduki tangga kedua di belakang Britain.

Justeru, bagaimana pula kedudukan Singapura sekarang di tengah-tengah ketidaktentuan akibat Covid-19?

Dalam tinjauan tidur global terkini pada 2021 yang dijalankan oleh Philips, Singapura menduduki tangga keempat selepas Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.

Data tersebut adalah diperoleh daripada tinjauan terhadap 13,000 orang dewasa dari 13 negara yang mana 1,000 berasal dari Singapura, diterbitkan sempena Hari Tidur Sedunia pada 19 Mac lalu.

Tidur pun boleh ‘buat duit’, lelaki ini jana pendapatan lebih RM60,000 dengan buat live masa tidurMenurut sumber, meskipun Singapura jatuh ke tangga keempat, ini tidak bermakna penduduk di sana mendapatkan mutu tidur yang memuaskan.

Hakikatnya, hampir 60 peratus penduduk Singapura tidak dapat tidur lena kerana terjejas secara langsung oleh pandemik.

Lebih sepertiga pula mengalami kesan negatif pada paras stres mereka, keupayaan untuk tidur lena, kesihatan mental atau emosi, rutin tidur dan pekerjaan.

Banyak rintangan

Sementara itu, hampir 30 peratus rakyat Singapura berkata, mereka kini tidak dapat tidur secukupnya setiap malam.

Lebih khusus, rakyat negara tersebut secara purata tidur selama 6.8 jam setiap malam, merosot daripada tujuh jam pada 2020.

Menurut Yayasan Tidur Nasional, mereka yang berusia antara 18 dengan 64 tahun perlu tidur antara tujuh hingga sembilan jam.

Pada hari-hari biasa pula, rakyat Singapura tidak mendapatkan tidur secukupnya dan jumlah itu semakin berkurangan semasa pandemik.

Secara purata, warga Singapura dikatakan cuma tidur selama 6.6 jam pada hari biasa (berbanding 6.7 jam pada 2020) dan 7.3 jam pada hujung minggu (berbanding 7.5 jam pada 2020).

Maka itu, tidak menghairankan mengapa hanya kurang separuh responden di Singapura berkata bahawa mereka dapat tidur secukupnya pada waktu malam dan hanya 21 peratus berasa segar setiap masa apabila bangun pagi.

Tip tidur sempurna

Jika kita ingin mendapatkan tidur yang secukupnya dengan tidur awal, jangan meluangkan masa untuk tidur tetapi sebaliknya menetapkan masa untuk tidur dan bangun pagi, kata Dr Han Hong Juan, pakar bedah konsultan telinga, hidung dan tekak (ENT) dan pengarah perubatan di The ENT, Voice & Snoring Clinic di Hospital Mount Elizabeth.

tidur

"Sebagai permulaan, rancang jadual tidur awal anda secara bertahap-tahap, misalnya pada pukul 11.45 malam kemudian pukul 11.30 malam sehingga anda mencecah waktu tidur yang disasarkan," katanya.

Selain daripada waktu tidur, mutu tidur penduduk di Singapura juga agak membimbangkan.

Menurut tinjauan sama Philips yang dijalankan antara 17 November sehingga 7 Dissember lalu, 40 peratus melaporkan mereka terjaga dari tidur pada waktu malam.

Walaupun sebelum ini mereka tidak mengalami sebarang isu, 35 peratus kini menghadapi kesukaran untuk tidur manakala 21 peratus mengalami kesulitan untuk tidur sepanjang malam.

Apa yang boleh kita lakukan jika kerap terjaga di waktu malam?

"Jika anda tidak boleh tidur selepas 20 hingga 30 minit, bangun dari katil dan lakukan sesuatu yang menenangkan (misalnya, mendengar muzik yang menenangkan) sehingga anda terasa mengantuk untuk tidur sekali lagi," cadang Dr Han.

Walaupun lebih 10 peratus rakyat Singapura terjaga dari tidur disebabkan oleh telefon bimbit dan tablet dan persekitaran tidur (16 peratus), rasa tertekan kini adalah gangguan tidur paling utama dalam kalangan lebih 30 peratus responden.

Selamat menyambut Hari Tidur Sedunia! Jom tidur!Hampir 60 peratus mengalami tekanan dalam bentuk tanggungjawab kerja manakala cabaran kewangan membelenggu lebih daripada separuh responden dan sepertiga mengalami tekanan akibat isu-isu keluarga.

30 peratus rakyat Singapura pula berasa tertekan kerana kesihatan diri atau keluarga mereka.

Bagi membantu kita tidur dengan lebih mudah, Dr Han mencadangkan supaya menulis segala kebimbangan yang membebankan minda kita dalam sebuah jurnal supaya dapat mengelakkan diri daripada memikirkan tentangnya sebelum tidur.

Selain itu, beliau juga menyarankan supaya cuba menjarakkan sekurang-kurangnya beberapa jam antara waktu makan dan tidur, katanya.

Sumber : Mediacorp

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang