BUKAN kali pertama kita mendengar kes rogol melibatkan pelajar sekolah.

Namun apa yang berlaku di negara seberang ini menjadi perhatian seluruh negara apabila kes rogol melibatkan 13 pelajar di sekolah berasrama penuh agama.

Menurut laporan portal tempatan, seorang guru di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah merogol pelajarnya.

Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat itu mendapati Herry Wirawan,36, bersalah merogol 13 pelajar perempuan yang kesemuanya di bawah umur.

Malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka mengandung.

Semasa perbicaraan itu, dikatakan dia merogol kanak-kanak itu yang antaranya  terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu.

Padah si perogol,'anu' putus digigit mangsa

Ia mula terbongkar apabila keluarga salah seorang mangsa melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu.

Iklan

Wirawan tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim, Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Iklan

Dia bagaimanapun meminta hakim meringankan hukuman kerana mahu membesarkan anak-anaknya.

Mahkamah turut berkata, pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.