DILAHIRKAN daripada ibu dan bapa yang sama namun pasangan kembar tidak seiras ini mempunyai ciri fizikal yang ketara berbeza.

Pasangan kembar tak seiras, Makai dan Ellion yang dilahirkan selang empat minit pada 2020 tidak seperti pasangan kembar yang lain. Mereka seolah-olah datang dari kaum yang berbeza.

Si abang, Makai mempunyai kulit yang lebih gelap, berambut kerinting dan warna mata gelap.

Manakala adik, Ellion pula memiliki rambut perang (blonde), berkulit cerah dan anak matanya berwarna cerah.

Makai (kiri) dan Ellion mempunyai ciri fizikal yang ketara berbeza.

Namun ia tidak mustahil bagi pasangan kembar ini mempunyai ciri fizikal sedemikian kerana faktor kahwin campur dan mewarisi kepelbagaian karakter daripada keturunan ibu bapa mereka.

Menurut laporan LadBible, ibu mereka, Leaetta Harris, 29 mempunyai darah Caucasian dari emak dan Afrika-Amerika daripada bapanya.

Manakala bapa si kembar, Lamba Crane, 35, kelahiran Gabon mempunyai ibu berketurunan Afrika dan Afrika-Amerika dari sebelah bapanya.

Selepas kelahiran, pasangan ini mengakui terkejut dengan rupa fizikal pasangan kembar mereka yang kelihatan seperti dua kaum berbeza.

Semakin membesar, perbezaan fizikal antara mereka berdua ketara kelihatan.

Baca juga Kembar Tiga Hamil Serentak, Teruja Impian Jadi Realiti

“Kebanyakan orang akan bertanya adakah mereka kembar. Apabila saya mengiyakannya, mereka kelihatan keliru, “ kata Harris.

Katanya lagi, kejadian kembar seumpama itu adalah jarang berlaku dan dia hanya mengetahuinya menerusi dalam talian.

Iklan

Malah kata Harris, dalam kes kembar lain, ibu bapa bayi mempunyai kombinasi darah campur kaum yang lebih kompleks berbanding dia dan suami.

Walaupun kembar itu berada dalam rahim ibu yang sama, Makai dan Ellion mempunyai kantung dan plasenta berasingan.

Menurut Harris, tiada sejarah kembar keluarganya dan suami dan mereka juga tidak melalui rawatan kesuburan.

Tidak hanya fizikal berbeza, Harris berkata Makai dan Ellion mempunyai personaliti yang berlainan.

Iklan

Makai dikatakan lebih berotot dan pasangan kembar itu mempunyai bentuk kepala yang tidak sama.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: ladbible.com