Akauntan jimat ekstrem, lapan tahun tak beli pakaian, dedah cara 'survive' di New York

A
A
A

NEW York adalah antara kota metropolitan yang mempunyai kos sara hidup tertinggi di Amerika Syarikat.

Seorang akauntan, Kate Hashimoto berkongsi cara berjimat untuk terus bertahan di bandaraya itu. Antara yang dilakukan ialah sikap terlalu berjimat dan seboleh-bolehnya tidak mengusik langsung wang simpanannya.

Menurut laporan Mirror UK, Kate tidak pernah membeli tisu tandas, perabot dan membelanjakan wang untuk mendobi pakaian.

Baca juga Remaja 13 Tahun Dapat Habuan Lebih RM80,000 Hanya Kerana Terjumpa Keropok Yang Berbentuk Unik

Kate yang muncul dalam rancangan televisyen TLC Extreme Cheapskates menceritakan bagaimana dia berjimat dan menyimpan banyak wang.

Dengan purata kos kehidupan ialah USD 1341 (RM5663.04) sebulan di sana, Kate mampu hidup dengan hanya menggunakan USD200 (RM844.60) sahaja!

“Saya telah hidup tiga tahun di New York dan ia adalah antara bandar yang mempunyai kos kehidupan paling mahal. Jadi saya akan mengelak daripada membelanjakan wang dan jika perlu, hanya membayar pada kos paling sedikit.

Antara cara penjimatan yang dilakukan Kate ialah dengan membasuh tangan di tandas awam dan mengeringkannya dengan tuala yang akan digunakan semula.

Malah, dia tidak pernah membeli perabot dan hanya mendapatkan perabot yang dibuang orang di tepi jalan. Tiada katil dan tilam, wanita itu tidur beralaskan tikar yoga dan majalah disusun tinggi sebagai meja makan.

Baca juga Orang Kaya Baru, Lelaki Beli Peti Sejuk Terpakai, Jumpa Duit Hampir RM400,000

Kate juga akan gemar mendapatkan barangan percuma seperti sampel dan item promosi hingga dia tidak perlu membeli barangan keperluan mandi dan penjagaan diri.

Memasak adalah dielakkan sama sekali untuk mengelakkan penggunaan elektrik dan gas. Justeru wanita itu menggunakan mesin cuci pinggan mangkuk dan oven sebagai tempat penyimpanan.

Kate tidak akan mengeluarkan wang untuk makanan dan dia sendiri mengakui dirinya sebagai seorang yang kedekut apabila mencari makanan yang dibuang dari kedai makan atau pasar raya. Katanya, dia akan mengelakkan makan di restoran kecuali rakan membayarkan untuknya.

Akauntan itu juga mendedahkan sudah lapan tahun tidak membeli pakaian baru dan kali terakhir dia membeli pakaian dalam ialah pada 23 tahun lalu iaitu pada tahun 1998.

Pakaiannya akan dicuci sendiri di rumah dan kali terakhir dia mendobi pakaian ialah tiga tahun lalu.

Kate juga tidak menggunakan tisu tandas sebaliknya mencuci dengan menggunakan air dan sabun.

Pelik tetapi inilah cara yang dilakukan akauntan wanita ini untuk bertahan di sebuah metropolitan yang maju seperti New York.

Diharapkan kita tidak terlalu kedekut berbelanja untuk diri dan keluarga. Tidak salah membeli barang keperluan asalkan ia tidak membazir, sesuai dengan bajet dan tidak merugikan diri sendiri.

Sumber: Mirror UK, The Sun UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang