CEMBURU biasanya merujuk pada fikiran negatif dan perasaan terancam, kurang percaya, takut, dan khuatir kehilangan sesuatu atau seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.

Sifat cemburu yang melampau boleh menyebabkan hubungan bersama pasangan terganggu. Inilah yang dikatakan ‘cemburu buta’.

Ada juga orang kata, tak ada rasa cemburu maknanya tak cinta. Betul juga, pelik pula kalau di hati tu sedikit pun tiada rasa cemburu.

Tapi, cemburu itu biarlah kena pada tempat dan berpada-pada.

Seperti yang terjadi kepada seorang isteri di Mexico, gara-gara terlampau cemburu apabila melihat gambar suaminya yang disangkanya bersama wanita lain, dia bertindak di luar kawalan.

Wanita dikenali Leonora N bertindak menikam suaminya berulang kali dengan sebilah pisau.

Dia menyerang suaminya yang dikenali sebagai Juan N, setelah dia melihat gambarnya dengan ‘wanita yang lebih muda’ di telefon bimbitnya.

Namun sangkaannya meleset apabila mendapati gambar yang disimpan di telefon bimbit itu sebenarnya adalah gambar dirinya sendiri.

Rupanya, foto-foto berkenaan milik mereka ketika bercinta dan didigitalkan oleh suami serta menyimpannya di telefon.

Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di Cajeme, Sonor, Mexico, Jumaat lalu.

Juan dapat menjelaskan hal ini kepada isterinya setelah berjaya mengambil pisau darinya, tetapi hanya setelah dia ditikam.

Polis sampai ke tempat kejadian setelah mendapat laporan daripada jiran yang mendengar jeritan dan suara pergaduhan dari rumah mereka serta menahan Leonora kerana mengakibatkan kecederaan kepada suami.

Iklan

Sementara itu, ini tujuh tanda pasangan korang cemburu buta;

  1. Sering mempersoalkan dan mengawal gerak-geri serta apa jua aktiviti pasangan.
  2. Menyelongkar barangan pasangan tanpa kebenaran.
  3. Menghalang pasangan daripada mempunyai hubungan sosial yang dirasakan mampu menggugat kebahagiaan. Contohnya, meluangkan masa dengan hobi atau rakan.
  4. Sering menyalahkan pasangan apabila tercetus pergaduhan atau timbulnya isu cemburu buta ini.
  5. Media sosial, WhatsApp dan telefon pintar pasangan dipantau serta diselongkar untuk mencari bahan bukti wujudnya ancaman terhadap hubungan mereka.
  6. Individu menafikan mereka mempunyai personaliti tidak rasional dan cemburu buta.
  7. Peringkat yang lebih serius iaitu timbul ancaman dan ugutan sama ada untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Baca juga Negara Brunei Darussalam 260 hari tanpa kes baru Covid-19, ini antara langkah yang diambil

Iklan

Oleh itu, sifat cemburu ini tidak boleh dibiarkan dan ia perlu dirawat agar hubungan bersama pasangan sentiasa aman namun harus juga berhati-hati.

Sebelum nak layan rasa cemburu itu, cuba selidik dulu kebenarannya supaya tidak terburu-buru sehingga merosakkan perhubungan dan menjadi kejadian tidak diingini.

Sumber: Asia News Network/Philippine Daily Inquirer