BEBERAPA saat video bermula, penonton masih belum merasakan debaran. Namun apabila kamera mula zoom out, masing-masing meluahkan mula berasa ‘gayat.’

Aksi berani seorang pramugari tanpa rasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia adalah sebahagian promosi yang dilakukan syarikat penerbangan milik Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates Airlines selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK).

Memetik laporan Daily Mail, pramugari yang mengenakan pakaian seragam syarikat penerbangan itu sempat mengukir senyuman sambil berdiri atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa setinggi 829.6 meter atau bersamaan 2,722 kaki di Dubai.

Kemasukan warga Britain ke negara itu ditangguhkan sejak awal tahun ini telah dibuka kembali selepas Pejabat Luar UK mengeluarkan UAE dari senarai Merah dan memasukkan ia ke dalam senarai hijau pada Ahad.

Kelonggaran tersebut memberi laluan kepada pelancong yang menerima vaksin penuh Covid-19 dapat pulang dari negara itu tanpa perlu dikuarantin.

Bagaimanapun, mereka mesti mengambil ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dan perlu mengambil ujian lanjutan pada hari ketibaan atau sebelum hari kedua mereka di Britain.

Emirates Airlines, syarikat penerbangan utama UAE, berkongsi video aksi promosi di lama sosial rasmi.

Baca juga Demi Content, Influencer Wanita Maut Terjatuh Kren Setinggi 160 Kaki

Berhubung semula dengan orang yang tersayang atau nikmati percutian yang luar biasa. Mulai 8 Ogos perjalanan ke UK menjadi lebih mudah.

‘Pramugari’ berkenaan, Nicole Smith Ludvik menyifatkan aksi tersebut adalah salah satu aksi paling menakjubkan dan menarik yang pernah dilakukannya.

Video yang difahamkan dirakam menggunakan dron meraih perhatian netizen.

Rata-rata warga maya teruja dengan perkongsian video berkenaan dan meluahkan kekaguman terhadap aksi Ludvik beraksi di atas puncak bangunan 163 tingkat itu.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emirates (@emirates)

“Kebimbangan saya adalah apabila kamera bergerak ke belakang.”

“Dia benar-benar berada di puncak dunia !!

“Angin yang kencang di atas sana, saya kagum topi merah dipakai pramugari tidak terbang ditup angin. Iklan ini sungguh luar biasa!”

Iklan

Walaupun video berkenaan hanya berdurasi 33 saat, namun proses pembikinannya bukan mudah. Ia dikongsikan menerusi video belakang tabir yang memaparkan pelbagai latihan perlu dilalui Ludvik sebelum penggambaran. Selain itu, aspek keselamatan turut menjadi keutamaan.

Baca juga Santai Paling Berani, Tak Gayat! 5 Wanita Selamba Lepak Luar Tingkap, Tingkat 6 Pangsapuri

Sumber: @emirates, Daily Mail, @campaignmiddleeast