LAZIMNYA, ramai yang fobia untuk berada pada ketinggian. Rasa gayat membuatkan ramai yang mengelak untuk berada di kawasan tinggi.

Namun lain pula halnya yang terjadi di Taman Sri Bayu Puteri, Johor Bahru ini di mana lima orang wanita didapati melakukan aksi berani mati dengan bersantai di luar tingkap di kediaman mereka.

Video berdurasi tujuh saat yang memaparkan aksi bahaya tersebut tular di laman sosial.

Baca juga Pokok durian gergasi 62 tahun di Taiping, tarik perhatian netizen

Susulan kejadian itu, pihak polis telah bertindak. Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata pihaknya berjaya menahan lima wanita Indonesia terbabit yang berusia 20 hingga 26 tahun itu pada sekitar jam 12.10 tengah hari, Isnin lalu.

“Hasil semakan mendapati bahawa kejadian itu berlaku di tingkat enam sebuah pangsapuri kira-kira jam 10.00 pagi Isnin yang lalu.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, sekumpulan anggota polis dari Balai Polis Taman Pelangi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPS) Johor Bahru Selatan telah melakukan serbuan ke lokasi kejadian dan menahan kesemua individu yang dipercayai suspek yang tular dalam video tersebut.

Iklan

“Siasatan mendapati semua suspek memiliki dokumen diri yang sah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Iklan

Baca juga Wanita Kedah Kongsi Pengalaman, Menetap Di Guinea Kampung Suami, Raih Perhatian Warganet

“Walau bagaimanapun, kes ini tetap disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali,” kata Mohd Padzli dalam satu kenyataan memetik laporan portal berita tempatan.

Tindakan ‘bersantai’ dalam keadaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri seperti ini tidak patut dilakukan. Malah ia boleh mengundang reaksi kurang senang dalam masyarakat.