DRAMA The Penthouse adalah salah satu K-drama yang kini menjadi kegilaan kerana wujud pelbagai babak dan plot dalam kehidupan.

Sejak Penthouse ditayangkan pada tahun lalu, drama ini berjaya mendapat tempat di hati peminat drama Korea di seluruh dunia kerana jalan ceritanya yang ‘ekstrem’ dan penampilan watak antagonis yang digambarkan terlalu jahat.

Aksi bersahaja buat ramai terhibur, parodi Penthouse paling kelakar raih 1 juta tontonan

Sepanjang dua musim drama ia ditayangkan, ramai yang seolah ‘sakit jantung’ akibat susunan plot yang mendebarkan.

Oleh itu, ramai yang menjadikan drama ini sebagai parodi untuk babak-babak yang menarik dan luar biasa.

Antaranya ialah pempengaruh media sosial Youtube dari Indonesia, Yoga Arizona. Beliau sememangnya pakar dalam menghasilkan parodi drama-drama yang trending di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan, beliau turut membuat parodi beberapa watak di dalam The Penthouse dan berjaya mencuit hati penonton dengan aksi yang bersahaja.

Aksi bersahaja buat ramai terhibur, parodi Penthouse paling kelakar raih 1 juta tontonan

Perkongsian video tersebut telah meraih lebih satu juta tontonan. Parodi dilakonkan oleh Yoga Arizona nampak ‘real.’

Memang sangat kreatif dan menghiburkan. Korang tidak akan puas menontonnya sekali sahaja malah jika ditonton beberapa kali korang masih tak mampu menahan ketawa!

Iklan

Dengan penggunaan props dan ekspresi wajah yang sangat menghiburkan, rata-rata warganet terkejut dengan kreativiti mereka terhadap video yang diberi tajuk The Penhos itu. Rata-rata warga maya terhibur dan memuji bakat Yoga melakonkan parodi itu.

-“Eksprepi lakonan watak antagonisnya sangat hebat mengalahkan pelakon sebenar. Semoga Yoga Arizona terus berjaya.”

-“Dari nama mereka dapat pakaian tu. Nampak sangat cantik.”

-“Video ni menaikkan mood saya. Tak sabar nak tunggu sambungannya.”

Kalau korang nak tahu, Yoga Arizona juga membuat parodi yang pernah menjadi tular iaitu Its Okay Not To Be Okay dan kini akaun Youtube miliknya dilanggan oleh 508,000 orang di Youtube!

The Penthouse adalah drama bersiri dari Korea yang kini memasuki musim ketiga.

Iklan

K-drama itu yang diterbitkan oleh stesen televisyen SBS mengisahkan tentang penduduk elit di Hera Palace.

Ia dibintangi oleh Lee Ji Ah dan Kim So Yeon sebagai ibu kepada anak perempuan berbakat yang terlibat dalam pembunuhan seorang remaja yatim piatu.

Sumber: Youtube