‘Mana satu cucu aku ni?’ Gelagat warga emas depan sekolah cuit hati warganet
GELAGAT seorang warga emas yang tekun memegang papan tanda nama di hadapan sebuah sekolah ternyata mencuit hati netizen.
Sekali pandang, memang pelik kelakuan si atuk ini bagai menunggu seseorang di muka pintu ketibaan di lapangan terbang.
Al kisahnya, rupa-rupanya warga emas tersebut mahu mengambil cucunya pulang dari sekolah namun tidak dapat mengecam muka cucunya dek topeng muka yang dipakai.
Ini kerana, apabila sesi persekolahan sudah bermula selepas penularan wabak Covid-19, semua murid diwajibkan memakai topeng muka.
Bukan setakat warga emas ini sahaja, pasti ramai susah untuk mengenal pasti mana satu anak dan cucu bila semua kerumun di pintu pagar sekolah.
Perkongsian pemilik akaun Facebook Biony Bell Boonyuen ternyata menerima reaksi lucu dan kagum dek idea kreatif warga emas tersebut.
Gambar seorang warga emas tersebut yang memegang papan tanda nama cucunya itu di sebuah sekolah di Thailand menerima 7,000 perkongsian dan lebih 6,000 tanda suka.
Genius atuk ni. Memang kalau ikutkan dah ramai-ramai budak tu takut salah orang pula, kan?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang