Anak ramai, poket nipis, wajarkah vasektomi jadi syarat bantuan? Cadangan gabenor ini cetus debat

No Image Caption
A
A
A

MERANCANG keluarga hukumnya adalah harus dalam Islam. Namun, kaedah ini perlu dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dari segi perubatan, hanya wanita yang perlu menjalani proses pemandulan sementara. Isu ini sering kali menjadi perdebatan. Seperti mana yang berlaku di Indonesia baru-baru ini, Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia sedang mempertimbangkan cadangan kontroversi daripada Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi, untuk menetapkan prosedur vasektomi sebagai syarat wajib kepada individu yang ingin menerima bantuan pemerintah dan biasiswa pendidikan.

Topik hangat itu menjadi perbahasan dalam kalangan pemerintah, pejuang hak asasi manusia dan juga tokoh agama. Menteri Hal Ehwal Sosial, Saifullah Yusof, mengulas bahawa cadangan tersebut perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.

Beliau mengakui perancangan keluarga antara inisiatif yang wajar dipertimbangkan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Dedi Mulyadi mengusulkan perkara ini berdasarkan apa yang berlaku di depan matanya. Isu kemiskinan dalam kalangan keluarga besar amat membimbangkan. Beliau pernah terserempak dengan seorang kanak-kanak yang sedang menjual kuih di dataran.

Alangkah sedihnya apabila diberitahu bahawa ayahnya menganggur manakala ibunya menunggu masa untuk melahirkan anak yang ke-11.

“Jika mereka tidak mampu menyediakan kehidupan yang layak untuk anak-anak, maka mereka harus berhenti menambah anak,” katanya.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan sudah pun ditetapkan. Mengehadkan pertambahan bilangan anak dalam keluarga diyakini dapat membantu pengagihan bantuan secara adil dan saksama.

Tambahnya lagi, perancangan keluarga bukan hanya bergantung pada wanita sahaja. Lelaki juga perlu bertanggungjawab agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi memastikan syarat ini diterima ramai, beliau mencadangkan agar kerajaan menyediakan insentif 500,000 rupiah kepada setiap ketua keluarga yang bersetuju menjalani prosedur vasektomi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang