PELIK tapi benar! Artis dari Sepanyol mengejutkan dunia apabila menjadi wanita pertama menamatkan zaman bujang dengan hologram janaan kecerdasan buatan (AI).

Malah, Alicia Framis kini sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan bersama ‘jejaka’ yang dinamakan sebagai AiLex.

Lapor portal WikiaNY, wanita tersebut dikatakan tinggal bersama entiti tidak bernyawa tersebut sebagai eksperimentasi tentang cinta dan hubungan.

Framis yang terkenal dengan karya unik berkaitan seni bina, reka bentuk dan fesyen itu mengakui sedang menjalani hubungan romantik bersama ‘lelaki’ AI berkenaan.

Perkongsian foto rutin harian dan video pendek menerusi akaun instagram miliknya, @hybridcouples membuatkan ramai tepuk dahi.

artis sepanyol

Manakan tidaknya, beliau seolah-olah berbual, melakukan aktiviti dan makan bersama AiLex tanpa sebarang masalah.

Malah, lelaki yang berwatakan seperti warganegara Inggeris itu juga petah berkata-kata mengikut topik perbualan.

 

Paling tak boleh masuk akal, AiLex juga berkelakuan seperti manusia biasa ketika menikmati makanan meskipun semua itu hanyalah hologram semata-mata.

Dalam satu kenyataan, Framis percaya bahawa manusia dan robot boleh menjadi pasangan kekasih pada masa akan datang.

Malah, beliau juga yakin dengan kemajuan AI yang semakin maju, mampu membaca emosi dan berinteraksi dengan manusia.

artis sepanyol

Barangkali cinta antara mereka semakin marak, majlis perkahwinan akan berlangsung di sebuah muzium di Rotterdam, Netherlands.

Pada masa sama, satu pameran miliknya berkisarkan persahabatan, percintaan dan hubungan manusia juga turut diadakan di tempat yang sama.

Masih peringkat awal

Melihat kesanggupan seorang manusia mengahwini seorang jejaka AI membuatkan ramai berfikir panjang.

Walaupun AI dikatakan mampu membaca emosi dan berinteraksi seperti manusia, namun semua itu masih belum dapat dipastikan lagi memandangkan teknologi hologram AI masih di peringkat awal.

artis sepanyol

Malah, jika teknologi hologram AI sedemikian wujud satu hari nanti, namun ramai percaya ia tetap mahal dan tidak praktikal untuk kegunaan seharian.

Pun begitu, dalam kes Framis agak berbeza.

Baca juga Ai-Da, robot artis pertama lukis potret, karyanya bakal dipamerkan di London Mei depan

Kehadiran AiLex nampaknya sebahagian daripada pasca produksi yang mana hologram yang dipaparkan nampak seperti artis atau pelakon yang bekerjasama dengannya.

artis sepanyol

Iklan

Bukannya entiti AI yang dijanakan oleh komputer. Pada masa sama, penglibatan AI dalam karya tersebut juga masih belum jelas sepenuhnya.

Baca juga Nyalaan obor bawah air, guna robot pertama di dunia antara keunikan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

Sebelum itu, wanita berkenaan turut mengetengahkan idea gila apabila mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung bersama patung mannequin bernama Pierre.

artis sepanyol

Framis sebenarnya bukanlah artis pertama yang menggabungkan perkahwinan sebagai tema utama dalam persembahannya.

Pada tahun 2016, seorang artis British iaitu Tracey Emin juga berkahwin dengan batu di tamannya sebagai melambangkan ikatan dan hubungan peribadi.

Baca juga Apabila manusia dan robot berkawan baik, Ron’s Gone Wrong mencuit hati

Iklan

Aduhai, ramai yang sanggup melakukan apa saja demi mengangkat naskhah pameran yang boleh dikatakan tak masuk akal.

artis sepanyol

Harap-harap perkara sama tidak berlakulah di negara kita. Bukan apa, masih ramai lagi lelaki dan wanita bujang yang masih mencari cinta sejati.

Dalam satu statistik yang dikongsikan SeaAsia Stats, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Filipina dan Brunei yang mana negara paling ramai bujang di Asia Tenggara.

Jadi, buat mereka yang masih belum berjodoh, jangan putus asa ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!