LARIAN obor Sukan Olimpik Musim Sejuk sudah bermula di ibu kota China menjelang perasmian temasya sukan itu pada Jumaat , 4 Februari.

Larian obor menjadi acara wajib setiap kali berlangsungnya sukan berprestij itu. Ia biasanya dilancarkan beberapa hari sebelum upacara pembukaan rasminya.

Menurut Insider, antara keunikan Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini ialah China selaku tuan rumah telah mencipta penyampai obor bawah air antara dua robot pertama di dunia.

Baca juga: Di sebalik 3 kali skor ‘perfect 10,’ atlet terjun China 14 tahun raih emas untuk tampung rawatan ibu

Acara yang berlangsung di Tasik Yongding itu dan menampilkan dua ‘droid’ bawah air berbentuk lonjong.

Keseluruhan upacara mengambil masa lapan minit dengan nyalaan api obor dipegang oleh lengan robot.

Larian berganti-ganti itu melibatkan lebih 1,000 pembawa obor meliputi tiga tapak temasya tersebut di Beijing dan bandar jiran Zhangjiakou.

Tiga pembawa obor pertama larian berganti-ganti ialah Luo Zhihuan, 80 tahun, bekas peluncur pecut negara yang memenangi pingat pertama China dalam kejohanan dunia sukan salji pada 1963, angkasawan Jing Haipeng serta pereka satelit Ye Peijian, menurut akhbar Beijing Daily.

Baca juga: Lagi Kisah Pingat Olimpik Tokyo 2020, Gimnas China Dakwa Pingat Emas Miliknya Terkopek

Larian obor berkenaan dijalankan secara tertutup bagi mengelakkan penularan Covid-19. Oleh itu, penonton digalakkan mengikutinya secara dalam talian.

Ia turut melalui kawasan tumpuan pelancong seperti Tembok Besar Fdan Taman Hutan Olimpik Beijing.

Iklan

Terdahulu semasa larian obor bagi Olimpik Sydney 2000, nyalaan obor dibawa ahli biologi marin, Wendy Craig Duncan. Duncan melancarkan suar khas di Great Barrier Reef menjadikan nyalaan api obor Olimpik yang pertama di dunia di bawah air.

Manakala Sukan Musim Sejuk Sochi 2014, pembawa obor mengambil api 42 kaki di bawah permukaan Tasik Baikal.

Iklan

Upacara pembukaan Sukan Beijing diadakan di Stadium Sarang Burung, 4 Februari, jam 8.00 malam (waktu tempatan).

Menjelang temasya sukan itu, beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Kanada mengumumkan tidak akan menghantar pegawai diplomatik atau perwakilan rasmi sebagai membantah rekod hak asasi manusia China, termasuk layanan terhadap minoriti Muslim di Xinjiang.

Baca juga: Pemenang perak Olimpik jual pingat RM525,000 demi nyawa seorang bayi

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Mediacorp, Insider, Al-Jazeera