IBU bapa mana yang tidak teruja apabila mendapat cahaya mata. Tidak kiralah yang sudah memiliki ramai anak mahupun belum.

Lagi bertambah gembira jika jantina anak yang sangat-sangat dimahukan menjadi rezeki.

Seperti pasangan Jay Schwandt dan Kateri Schwandt, 45, yang sangat terkejut apabila mendapat tahu ahli keluarga mereka yang terbaru adalah seorang bayi perempuan setelah mempunyai 14 orang anak lelaki.

Penantian mereka sejak tahun 1993 akhirnya berhasil selepas isteri melahirkan bayi tersebut pada Khamis lalu seberat £ 7, 8 ons (3.4KG).

Kateri menikmati detik indah itu bersama suaminya dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.

“Kami sangat gembira dan teruja untuk menerima kehadiran Maggie Jayne dalam keluarga kami.

“Tahun ini terlalu banyak kenangan, namun kehadiran Maggie adalah hadiah terbaik yang tidak dapat kami bayangkan,” katanya kepada Detroit Free Press setelah kelahiran puterinya di Mercy Health Saint Mary’s Hospital di bandar Michigan, Lakeview.

Baca juga Raja Thailand paling kaya di dunia, ini 5 fakta kekayaan atasi Sultan Brunei, Raja Arab Saudi

Sebelum Maggie Jayne, Schwandts telah mempunyai anak lelaki iaitu Tyler, Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker dan Francisco dan yang ke 14, Finley “Sheboygan”.

Ketika Finley “Sheboygan” dilahirkan pada tahun 2018, dikatakan menarik perhatian ramai kerana mempunyai kisah di sebaliknya.

Iklan

Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya ke-14 itu ialah anak perempuan.

Namun, anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.

Iklan

Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya (middle name); Finley Sheboygan.

‘Sheboygan’ itu adalah singkatan daripada ‘she’s boy again’ yang bermaksud, anak perempuan yang diidamkan akhirnya ‘menjadi’ lelaki juga.

Terdahulu, Jay Schwandt berkahwin dengan isterinya Kateri Schwandt pada 1993.