"Awak berjangkit." Disisihkan ibu bapa, kakak bawa adik albino 'makeover' buat ramai terpegun
DISEBABKAN penyakit genetik kulit, seorang kanak-kanak perempuan albino diejek dan dihina oleh masyarakat terutama rakan-rakan sebaya.
Keistimewaannya dianggap menjengkelkan, mempunyai kulit pucat, bulu mata dan bulu roma yang berwarna putih serta bebola mata berwarna biru membuatkan beliau dipulaukan.
"Awak berjangkit, jerit budak di kawasan kejiranan.
"Dia tak pernah menyangka dirinya begitu berbeza tetapi orang menunding jari kepadanya," kata pengguna TikTok Mohis menerusi video 'makeover' yang dilakukannya terhadap Beth.
Diskriminasi bukan hanya dalam kalamgan kawan-kawan, malah keluarga kanak-kanak itu turut bersikap demikian.
Ibu bapanya dikatakan malu dan tidak mahu bersamanya di khalayak umum.
Situasi itu menambahkan lagi kesedihan kerana bukan hanya dipinggirkan malah kewujudannya seolah-olah tidak diterima oleh orang yang melahirkannya.
Baca juga:Rehat dan tenanglah cinta hati saya. Faizal Tahir kongsi berita duka, ibu meninggal dunia
Baca juga:Kanser hati, barah yang boleh berulang. Kaum Adam dominasi carta, perokok paling berisiko
"Di rumah pun Beth rasa macam tak disayangi. Ibu bapanya sentiasa lebih perhatian kepada kakaknya.
"Mereka membawa Liz ke pantai dan berkelah manakala adiknya itu duduk di dalam kereta atau di bawah payung.
"Malah, mereka juga membuat kanak-kanak itu memakai kaca mata yang mengerikan. Pun begitu, gelaran mata empat bukanlah bahagian paling teruk jika dibandingkan dengan layanan seperti seorang anak angkat," katanya.
Keadaan itu memberi tekanan kepada Beth sehingga jatuh sakit dan perkara itu disedari kakaknya.
Bagi menggembirakan hati adiknya itu, Liz membawanya ke sebuah salon untuk membantu mengubah penampilan dirinya.
"Saya nak jadi macam Liz!" katanya.
Daripada rambut hingga kulit, diubah dan disolekkan seperti normal, ia berjaya membuatkan Beth kelihatan sama seperti orang lain.
"Kau dah cantik," kata Liz.
Mendengar ucapan itu, Beth berasa teruja dan bahagia kerana buat pertama kalinya dia kelihatan 'bermaya'.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang