PENYANYI dan komposer terkenal, Faizal Tahir berkongsi berita duka ibunya, Muzlipah Aishah Pawanteh meninggal dunia.

Perkongsian tersebut dimuat naik Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir menerusi hantarannya di Instagram.

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada DIA jualah kami kembali.

“Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya.

“Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan di dunia. Kami menyusul kemudian. Insya-ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, ayah kepada tujuh cahaya mata itu memohon orang ramai menitipkan doa buat kesejahteraan ibunya.

“Kepada yang mengenali ibu saya, mohon dihalalkan segala makan minum dan diampunkan segala kekurangan dan salah silap beliau selama dalam kenalan.

“Terima kasih. Jazaakumullaahu khayr.
Allahummaghfırlaha warhamhaa wa’aafihaa wa’fu ‘anhaa,” katanya.

 

Sementara itu, penyampai radio Zayan FM yang juga adik kepada Faizal dalam Instagramnya meluahkan perasaan sedih dan penghargaan buat permaisuri hatinya.

“Mama.. terima kasih doakan anak mama selama 48 tahun. Terima kasih mama usung anak-anak mama dalam perut sampai bengkak kaki untuk tujuh orang anak termasuk seorang yang mama pernah gugur dulu.

“Sekarang anak-anak mama akan doakan mama pulak dengan berbaki usia hidup kami yang menjadi rahsia ALLAH Azzawajalla ni okay mama,” ujarnya.

Iklan

Baca juga: Bintang X-Men and Designated Survivor, Adan Canto meninggal dunia

Baca juga:

Katanya lagi, beliau akan merindui setiap saat bersama dan mendoakan kesejahteraan cinta hatinya.

Iklan

“Mama… Maaf banyak buat tergelak dengan Anas walaupun dalam mama duduk terbaring hari itu. Anas tak buat lawak. Tapi mama tergelak jugak sampai anas cakap.. “mama jgn la gelak okay mama tak larat tu”.

“Tak dapat dah usap-usap cium mama peluk mama kuat-kuat. Urut kaki mama pun tak boleh dah. Dulu tiap hari video call mama.. Kacau mama tengah masak.. pun tak dapat dah..
Thank you for everything. Thank you ALLAH,” katanya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!