Bapa diserang sakit jantung lepas ajar anak tak faham jawab soalan Matematik

Bapa diserang sakit jantung lepas ajar anak tak faham jawab soalan Matematik
Bapa diserang sakit jantung lepas ajar anak tak faham jawab soalan Matematik
A
A
A

SEORANG bapa pengsan akibat diserang sakit jantung selepas tertekan mengajar anaknya subjek Matematik.

NY Post melaporkan, kejadian yang berlaku di China itu terjadi selepas Liu dikatakan membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah.

Lelaki berusia 45 tahun itu menjadi berang apabila anaknya tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik, meskipun sudah diajar banyak kali.

Setelah melepaskan amarahnya, Liu tiba-tiba rasa sakit pada dada dan sesak nafas, lalu pengsan dan dikejarkan ke hospital Shenzen untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor mengesahkan Liu diserang sakit jantung dan saluran arterinya sudah tersumbat.

Pasukan perubatan turut percaya, serangan jantung itu adalah disebabkan tekanan yang dialami oleh lelaki itu ketika membantu anaknya menyelesaikan kerja sekolah.

Sakit jantung merupakan penyebab kematian utama dikebanyakkan negara di dunia.

Jantung merupakan organ penting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan.

Justeru, makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Menurut Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu, B Nithyawathi, makanan yang baik supaya jantung sihat adalah makanan beroat, salmon, avocado, minyak zaitun, kekacang, beri, kacang pis, bayam, biji rami dan kacang soya.

Oleh itu, masih belum terlambat lagi untuk kita pilih makanan yang bagus untuk jaga kesihatan jantung.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang