Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta
ZAMAN sekarang jarang-jarang anak muda bersetuju dijodohkan dengan pilihan ibu bapa.
Jika ada sekalipun, jumlahnya mungkin sedikit. Sementelah ledakan laman sosial dan teknologi, masing-masing mempunyai calon pilihan hati. Manakala yang menerima pilihan orang tua dikatakan ‘old school’.
Namun, besar untungnya mendengar kata orang tua. Mungkin berkat reda dan restu ibu bapa, seorang gadis dikurniakan rezeki wang hantaran tunai sebanyak 300 juta rupiah (RM90,564).
Baca juga: [VIDEO] Datang untuk merisik, bapa minta pasangan kekasih terus bernikah
Tidak hanya itu, gadis itu turut menerima hantaran mewah berupa satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta bilik pameran kereta dengan kenderaan di dalamnya.
Gadis bernama Andi Besse Qurrata Ayyun yang kini masih menuntut di Universiti Hasanuddin menerima lamaran lelaki bernama Dical Arfandi dari Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. Dical juga merupakan mahasiswa semester keempat Universiti Negeri Makassar.
Walaupun hanya dua kali bersua, Dical memberanikan diri melamar Ayyun. Malah dalam majlis yang diadakan, Dical sendiri menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada tunangannya.
Menurut bapa Dical, pemberian hantaran lain akan dilakukan dalam acara tertutup. Difahamkan ibu bapa Dical merupakan bekas murid bapa Ayyun. Keluarga gadis itu tidak meminta apa-apa syarat peminangan sebaliknya ia merupakan inisiatif daripada pihak lelaki.
Baca juga: 8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza
“Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Ayyun bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.
“Disebabkan Ayyun akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai pengajiannya,” katanya seperti dilaporkan Detik.
Pasangan itu tidak bercinta dan hanya berjumpa dua kali. Mereka dijadualkan akan melangsungkan perkahwinan ada 17 September depan. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan kedua-dua anak muda ini.
Wang hantaran
Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri-kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.
Mas kahwin
Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi, setiap negeri, mempunyai nilai mas kahwin berbeza. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri.
Baca juga: 6 anak dibuang dalam telaga, ibu 'hilang akal' lepas bergaduh dengan suami
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang