TIPULAH jika sepanjang berkahwin tidak pernah bertengkar dengan pasangan.

Dalam kehidupan berumahtangga, ujian sentiasa hadir seperti air yang mengalir. Antara dugaan rumah tangga yang paling hebat ialah bertelingkah dengan pasangan sendiri.

Konflik boleh memberikan rantaian emosi negatif hingga menyebabkan perasan dan tindakan seolah tidak dapat dikawal lagi.

Seorang ibu di New Delhi, India bertindak di luar kawalan dengan mencampak enam orang anak ke dalam sebuah perigi selepas bertengkar dengan suaminya.

Baca juga: Suami penggal kepala isteri, cemburu keterlaluan bawa padah

 

Baca juga: Isteri sedih suami ‘kaki gaduh’, buang beras dalam tandas, rosak mainan anak

Bukan seorang dua, tapi enam cahaya mata maut selepas dicampakkan ke dalam perigi di daerah Raigad, negeri Maharashtra.

Ibu muda yang juga suspek, Runa Chikhuri Sahni, 30, dipercayai mencampakkan enam orang anaknya yang berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun sebelum dia sendiri cuba melompat ke dalam perigi.

Enam anaknya iaitu Roshni, 10, Karishma, 8, Reshma, 6, Vidya, 5, Shivraj, 3, dan Radha, 18 bulan, maut di tangan ibu sendiri.

Kedit foto: Free Press Journal

Sayu dan pilu mengenangkan nasib anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa, penduduk tempatan dilihat berusaha menarik mangsa keluar dari dalam air.

Difahamkan dua hari selepas kejadian suami Runa ditangkap polis.

Suami suspek, Chikhuri, 32, seorang tukang batu berasal dari Gorakhpur di Uttar Pradesh.

Mereka telah berpindah ke Maharashtra beberapa tahun yang lalu untuk mencari rezeki yang lebih baik.

Jiran cuba mengeluarkan enam beradik yang menjadi mangsa ibu sendiri.

Menurut polis, pada hari kejadian pasangan tersebut bergaduh mengenai kebersihan rumah menyebabkan Runa marah dan meninggalkan rumah bersama anak-anak mereka tanpa memberitahu tempat dituju.

Rupa-rupanya wanita itu ke perigi di mana dia mula membunuh anak-anaknya. Dia kemudian membuat percubaan untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya.

Difahamkan, semasa disiasat Runa memberitahu polis suaminya kaki botol dan suka memukulnya setiap kali bertengkar.

Namun Chikuri mendedahkan hal sebenar kepada polis.

“Sebuah rumah lain di kawasan kejiranan mereka dihuni sekumpulan anak bujang. Chikhuri mula mengesyaki bahawa Runa cuba mendekati lelaki bujang berkenaan dan menyerang Runa atas sebab cemburu,” kata polis kepada Free Press Journal India.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Pertelingkahan antara suami dan isteri itu biasa. Biarpun ia asam garam kehidupan rumah tangga, kawal emosi dan amarah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

TIP BERGADUH SECARA SIHAT SUAMI ISTERI

Iklan

1.Jangan menyebut dan melibatkan ibu bapa masing-masing.

2.Usah mengungkit setiap pemberian atau hadiah yang telah diberikan untuknya.

3.Hindari daripada menyebut kita ingin meninggalkannya.

4.Jangan bertengkar di depan anak-anak.

5.Jangan mengangkat tangan, memukul atau memegang sebarang objek.

6.Elakkan menyebut kekurangan pasangan.

Iklan

7.Jangan sengaja meninggikan suara sehingga pertengkaran kalian menyebabkan ramai orang dengarnya.

8.Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan.

 

Baca juga: Isteri bijak ‘bantu’ suami malu bawa bekal, tapau macam kedai

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI