Baru sehari berkahwin, lelaki buat perangai c4bul adik ipar berusia 6 tahun!
SEORANG lelaki diburu pihak berkuasa selepas aktiviti jahatnya tertangkap apabila mencabul adik ipar yang baharu berusia 6 tahun.
Memetik laporan CNN Indonesia, suspek difahamkan baharu sahaja melangsungkan pernikahan dengan kakak mangsa sehari sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Ketika kejadian, dia bersama isteri, Nai harus menjaga kanak-kanak itu memandangkan ibu bapa mentua suspek pergi ke luar daerah.
Namun siapa sangka, ketika isterinya yang merangkap kakak kandung mangsa sedang nyenyak tidur di sofa, suspek bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu.
Suspek pada mulanya cuba menarik mangsa ke dalam bilik, namun ditolak. Dia yang hilang kawalan kemudiannya bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam bilik tersebut dan melakukan perbuatan keji tersebut terhadap mangsa.

Tidak lama selepas itu, ibu bapa mangsa pulang ke rumah dan mula mencari anak perempuan mereka. Melihat pintu bilik tertutup rapat, mereka yang berasa curiga segera membukanya dan alangkah terkejutnya apabila mendapati suspek sedang memakai seluar.
Si ibu kemudian bertanya kepada anak kecilnya apa yang berlaku, sebelum kanak-kanak itu mengaku bahawa suspek telah melakukan sesuatu terhadap bahagian sulitnya. Keesokan harinya, mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian kemaluannya.
Walaupun suspek telah mengakui kesalahan dan memohon maaf atas perbuatannya, keluarga mentuanya enggan memaafkan dan meminta anak mereka, Nai, untuk memfailkan perceraian terhadap suspek.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
