Bawang kuning, merah, putih ditarik balik dari pasaran; wabak Salmonella menular di AS

A
A
A

SETELAH hampir dua tahun Covid-19 melanda dunia, kini Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan penularan wabak Salmonella.

Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang antara makanan dan daging mentah semasa penyediaan, penyimpanan makanan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihati pengguna mengelak daripada membeli bawang tertentu berikutan wabak Salmonella yang dilaporkan di beberapa negeri termasuk Puerto Rico.

Dalam pada itu, beberapa syarikat telah menarik balik keseluruhan bawang kuning, merah dan putih kerana berpotensi menyebabkan penyakit Salmonella.

wabak Salmonella

Kata CDC, kesemua bawang itu dibekalkan oleh syarikat ProSource Produce LLC dan Keeler Family Farms. Bawang tersebut diimport dari Chihuahua, Mexico antara 1 Julai hingga 31 Ogos lalu.

Selain itu, FDA juga menyenaraikan bawang kuning dan putih daripada Green Giant Fresh serta bawang dalam kit makanan tertentu daripada EveryPlate dan HelloFresh yang ditarik balik kerana mempunyai risiko berlakunya pencemaran.

Baca juga Angka perokok bakal menurun menjelang tahun 2025

Bekalan tersebut diedarkan antara Julai dan Ogos lalu yang juga termasuk dalam senarai ditarik balik, demikian menurut FDA.

CDC melaporkan berlaku sekurang-kurangnya 892 jangkitan dan 183 kes kemasukan ke hospital berkaitan wabak Salmonella setakat ini.

Semoga wabak tersebut cepat berakhir dan tidak sampai ke negara kita.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang