MALANG tak berbau! Siapa menyangka bayi baru berusia lapan hari maut di tangan sekumpulan monyet apabila didakwa dicampak dari bahagian bumbung rumah.

Menurut polis, kejadian malang itu berlaku di Tamil Nadu, India Sabtu lalu ketika bayi perempuan kembar itu sedang tidur di rumah mereka sebelum diserang oleh sekumpulan monyet liar.

Memetik laporan AFP, ibu bayi itu yang dikenali sebagai Bhuvaneshwari pada mulanya terdengar kedua-dua anaknya itu menangis sebelum melihat mereka dibawa dari bilik tidur oleh sekumpulan monyet dan kemudian mula menjerit.

Beliau bergegas ke luar rumah dan melihat beberapa ekor monyet dan kedua-dua bayinya di atas bumbung.

“Mendengar jeritannya, jiran-jirannya berkumpul untuk membantu dan berusaha menyelamatkan kedua-dua bayi itu,” kata pegawai polis tersebut.

Sedang orang ramai berusaha untuk menyelamatkan kedua-dua bayi berkenaan, monyet-monyet itu mencampakkan seorang bayi di atas bumbung dan menghumbankan seorang lagi ke udara.

Bayi kembar lapan hari maut dicampak sekumpulan monyetBayi yang dicampakkan ke atas bumbung itu dipercayai dalam keadaan selamat.

Bayi yang jatuh ke dalam longkang selepas dihumbankan ke udara, meninggal dunia di tempat kejadian.

Haiwan seperti monyet dipercayai kerap menyerang manusia dan mencuri makanan, bagaimanapun kes menyambar kanak-kanak sangat jarang berlaku.

Namun, kes serupa juga pernah dilaporkan berlaku sekitar dua tahun lalu yang mana beberapa ekor monyet menyambar bayi yang sedang tidur di dalam kelambu di rumahnya di wilayah Odisha.

Bayi itu kemudian ditemui sudah meninggal dunia dan dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Oleh demikian, kita sebagai orang dewasa atau penjaga kepada anak kecil seharusnya peka dengan keselamatan mereka.

Iklan

Disebabkan kelalaian kita sendiri pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan lebih malang lagi ia melibatkan kematian.

Stigma penjagaan bayi yang baru lahir hanya terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk perlu diubah.

Terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas tersebut.

Iklan

Penjagaan keselamatan bayi seperti kawasan persekitaran, tempat tinggal dan gangguan haiwan juga perlu dititik beratkan supaya ejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Namun, apabila usia semakin meningkat perkembangan pergerakan si kecil perlu diberi perhatian bagi mengenal pasti perkara yang tidak normal.

Jangan ambil mudah!