Bayi lahir tanpa mata ditinggalkan ibu

Bayi lahir tanpa mata ditinggalkan ibu
Bayi lahir tanpa mata ditinggalkan ibu
A
A
A

SEORANG bayi lelaki comel yang suka tersenyum ini berasal dari Rusia dilahirkan tanpa mata.

Ia menjadikan bayi tersebut sebagai salah seorang daripada tiga bayi di seluruh dunia yang dilahirkan dengan keadaan yang sangat jarang berlaku.

Mirror UK melaporkan, bayi yang diberi nama Sasha itu ditinggalkan oleh ibunya dan ditempatkan di sebuah rumah anak yatim.

Ibunya tidak yakin boleh menjaga Sasha dengan baik kerana keadaan mata yang jarang berlaku.

Menurut seorang jururawat yang menjaga Sasha sejak berusia enam bulan, katanya, bayi istimewa ini tak ada beza dengan kanak-kanak lain kerana dia bermain dan tersenyum seperti bayi yang sihat.

Artikel berkaitan: Berusia 14 tahun, remaja ini dinobat tertinggi di dunia cecah 221 cm

Katanya, Sasha suka berenang dan waktu dia bermain keadaannya sentiasa ceria walaupun dia tak dapat melihat seperti insan lain.

Selain itu, difahamkan, doktor telah berjaya membuang dua ketulan di dahi Sasha serta memasang bola mata kecil ke dalam soket matanya untuk memastikan wajah bayi kecil itu tidak cacat ketika dia membesar.

Dalam masa sama juga, Sasha akan dipantau untuk membuat perbedahan setiap enam bulan untuk melihat ukuran bola mata semasa tumbesarannya.

Bagaimanapun, kini Sasha sudah menemui keluarga angkat dari sebuah bandar lain di Rusia pada November tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang