SEORANG lelaki di China dinobat sebagai remaja tertinggi di dunia apabila ketinggiannya mencecah 221 cm.

Xiaoyu yang berumur 14 tahun, berasal dari Bandar Leshan di wilayah barat daya Sichuan.

Tribunnews melaporkan memetik akhbar nasional New, ketinggian Xiaoyu cecah 221 cm pada hari ulang tahunnya yang ke-14 pada 18 Oktober lalu.

Seorang wartawan Red Star News, yang diminta menjadi salah seorang pegawai untuk menentukan ketinggian budak lelaki itu, melaporkan bahawa remaja itu begitu besar sehingga dia memerlukan perabot khas.

Perabot khas yang dibuat untuknya merangkumi meja dan kerusi besar untuk dia belajar.

Nenek Xiaoyu, Wu Mei berkata, dia semakin tinggi dalam dua tahun kebelakangan ini.

“Dua tahun lalu ketika ditemu bual oleh media RSN yang pertama kali bertemu Xiaoyu, ketika itu dia masih di tahun enam sekolah rendah, dengan ketinggian 206 cm.

“Pada masa itu, Xiaoyu menyatakan hasratnya untuk mencabar Guinness World Record dengan secara rasmi menjadi remaja tertinggi di dunia,” katanya.

Artikel berkaitan: Dipaksa bersalin normal, kepala bayi terputus ketika dilahirkan

Pada bulan Ogos tahun ini, Xiaoyu dan keluarganya mengemukakan permohonan untuk cabaran ‘Pemuda Tertinggi (Lelaki)’ di laman web rasmi Guinness.

Kata Xiaoyu, sejak masuk sekolah, dia perhatikan memang dia lebih tinggi daripada anak-anak lain pada usia yang sama.

Iklan

“Ramai yang salah anggapan mengatakan saya lebih tua.

“Itu mengganggu saya, tetapi saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang positif dengan mendaftar ke Guinness untuk melihat apakah saya dapat memperoleh rekod dunia,” katanya.

Sementara itu, pegawai perakuan World Record, Lu Lei, melawat ke Leshan untuk mengesahkan permintaan Xiaoyu untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Katanya, pencabarnya mestilah lelaki dan berumur antara 13-18 tahun. Pada masa ini bekas pemegang Rekod Dunia Guinness berusia lebih dari 18 tahun.

Turut hadir sebagai saksi ketika itu doktor dan media sebagi saksi.

Iklan

Untuk memastikan pengukurannya betul, pegawai mengukurnya tiga kali pada waktu pagi, petang dan malam.

Setelah pensijilan pengukuran selesai, dia dihantar ke London untuk diaudit di markas Guinness.