INSIDEN pengeboman yang menjadikan rumah ibadah di bandar-bandar besar sebagai sasaran individu tidak bertanggungjawab memang mengerikan.

Lebih-lebih lagi, jika letupan menakutkan itu mengorbankan banyak nyawa tidak berdoa, tidak kiralah warga emas mahupun kanak-kanak kecil.

Pastinya, situasi terjumpa beg atau bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di depan pintu memang boleh membuatkan orang ramai panik.

kucing bom

Begitulah keadaan yang berlaku di sebuah gereja di New Miami, Ohio, Amerika Syarikat baru-baru ini yang telah menggemparkan ramai orang.

Masakan tidak, penemuan beg berwarna hitam yang diletakkan di pintu masuk utama rumah ibadat itu membuatkan pengurusan institusi tersebut tanpa berlengah menghubungi pihak berkuasa.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, satu pasukan Unit Bom Pejabat Sheriff Butler County bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan.

kucing bom

Apa yang mengejut, situasi tegang berubah menjadi lucu apabila pemeriksaan yang dijalankan Pakar Bom, Mike Grimes bukannya menemui bom, tetapi enam anak kucing bersama ibunya.

“Hasil siasatan, pasukan keselamatan bukannya mendengar bunyi jam berdetik tetapi kucing mengeow. Hanya ada ibu kucing bersama enam anak di dalam beg.

“Lengkap dengan nota yang memberitahu si ibu kucing yang dipanggil nama Sprinkles sudah melahirkan anaknya pada 17 Februari lalu,” ujar Grimes.

kucing bom

Ternyata, perkongsian yang dikongsikan Butler County Sheriff’s Office di Facebooknya menerima pelbagai reaksi khususnya pencinta kucing.

SinarPlus difahamkan, kucing yang ‘diselamatkan’ itu sudah dibawa ke pusat perlindungan haiwan dan mencari keluarga angkat untuk menjaga si bulus tersebut.

Iklan

Lapor dailystar.co.uk, ibu kucing dan anaknya dibawa ke Pusat Perlindungan Animal Friends lewat petang, selepas insiden yang berlaku di gereja terbabit.

kucing bom

kucing bom

Anak kucing yang kotor dengan najis itu dibersihkan pasukan sukarelawan Animal Friends Human Society dan diberi vaksin sebelum dimaklumkan keadaan Sprinkles bersama anaknya sihat.

Animal Friends Human Society turut memaklumkan, mereka akan memantau keadaan si ibu dan anak-anak kucing untuk tempoh dua bulan dan akan mengemas kini perkembangan dari masa ke masa.

Iklan

kucing bom

Nasib baiklah si meow yang ada dalam beg itukan? Bukannya bom seperti yang disangka orang ramai.

Barangkali sudah tercapai impian pemilik kucing tersebut yang mungkin tidak mampu untuk menjaga jumlah anak kucing yang ramai pada era pandemik ketika ini.

Syukurlah akhirnya kebajikan anak bulus dapat diberikan perhatian. Harap-harap pencinta kucing di Malaysia pun begitu ya?