Bekalan oksigen hampir habis, operasi SAR kapal selam teroka kapal Titanic diteruskan, ini identiti 5 penumpang

Bekalan oksigen hampir habis, operasi SAR kapal selam teroka kapal Titanic diteruskan, ini identiti 5 penumpang
Bekalan oksigen hampir habis, operasi SAR kapal selam teroka kapal Titanic diteruskan, ini identiti 5 penumpang
A
A
A

MASUK hari keempat misi mencari kapal selam Titan yang hilang di kawasan bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara diteruskan ketika bekalan oksigen hampir kehabisan.

Semua komunikasi dengan kapal selam sepanjang 6.5 meter itu terputus ketika ia menyelam untuk melihat bangkai kapal Titanic yang berada hampir 4 kilometer di dasar Lautan Atlantik Utara.

Menurut akhbar New York Times, kapal selam laut dalam yang boleh menyelam lebih empat kilometer di bawah laut itu membawa lima penumpang semasa terputus hubungan dengan permukaan pada Ahad lalu.

Identiti lima penumpang tersebut ialah Stockton Rush, Hamish Harding, Paul-Henri Nargeolet, Shahzada Dawood dan anak lelakinya, Suleman.

1. Rush ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Expeditions iaitu syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan.

Dia mengemudi Titan dalam ekspedisi malang tersebut.

Rush mengasaskan Ocean Gate Expeditions pada 2009. Syarikat swasta itu berpangkalan di bandar Everett, negeri Washington.

Baca juga Kapal selam bawa 4 pelancong termasuk seorang hartawan teroka kapal Titanic hilang, 9 info berkenaan

Kredit foto: Agensi

2. Harding, 58, merupakan ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain, demikian menurut pengarah urusan syarikat Action Aviation, Mark Butler.

Bilionair yang mencatat namanya dalam Guinness World Records itu menulis di laman Facebooknya, Sabtu lalu bahawa dia berbangga dapat menyertai ekspedisi Titan.

3. Hamish, seorang hartawan Britain, juga merupakan pengerusi Action Aviation iaitu sebuah syarikat jualan dan operasi udara berpangkalan di Dubai.

4. Nargeolet pula ialah seorang pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic.

Dia ialah pengarah penyelidikan bawah air untuk RMS Titanic Inc. iaitu sebuah syarikat yang diberi hak untuk menyelamatkan bangkai kapal Titanic.

5. Shahzada, 48, yang merupakan ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan turut berada di dalam kapal selam Titan bersama anak lelakinya yang berumur 19 tahun, Suleman.

Shahzada ialah naib pengerusi syarikat Engro Corporation. Dia berasal daripada keluarga antara terkaya di Pakistan.

Baca juga Kejamnya! Dirompak dan dirogol sebelum dihumban ke kebun, ini kronologi kes jenayah mengejutkan

Kredit foto: Reuters

Titan dilaporkan terputus hubungan dengan Polar Prince yang menyokong kapal air itu, kira-kira sejam 45 minit selepas ia mula menyelam ke arah lokasi serpihan Titanic.

Ekspedisi itu yang menelan kos AS$250,000 (RM1.15 juta) bagi setiap orang, berlepas dari St. John di Newfoundland sebelum keluar kira-kira 640 km ke lokasi bangkai kapal di Lautan Atlantik.

Sumber: Agensi, AFP, New York Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang