MASUK hari ketiga sebuah kapal selam dalam ekspedisi membawa kumpulan pelancong ke dasar laut untuk meneroka bangkai kapal Titanic, dilaporkan hilang sejak Ahad.

Justeru, pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada menggerakkan operasi besar-besaran bagi mengesan kapal selam di perairan tenggara Kanada.

Pengawal Pantai AS mengesahkan kapal selam yang hilang itu membawa seorang pengemudi kapal dan empat penumpang.

Menurut laporan media tempatan, berikut info mengenainya;

1. Kapal dikenali dengan nama Titan mempunyai keupayaan untuk menyelam selama 96 jam.

2. Oleh itu, AS dan Kanada mengerahkan pesawat dan kapal laut dalam usaha bersama mencari kapal selam tersebut.

3. Laksamana Pengawal Pantai AS, John Mauger berkata, kesemua aset itu melakukan pencarian di lokasi dilaporkan hilang, kira-kira 1,450 kilometer (km) dari timur Cape Cod dengan beberapa pelampung sonar ditenggelamkan bagi memantau kedalaman 3,962 meter.

Baca juga Kejamnya! Dirompak dan dirogol sebelum dihumban ke kebun, ini kronologi kes jenayah mengejutkan

Kredit foto: Agensi

 

4. Ia merupakan kawasan terpencil dan menjadi cabaran besar untuk menjalankan operasi pencarian di sana.

5. Pihaknya mengerahkan semua aset sedia ada bagi mengesan kapal selam itu secepat mungkin.

6. Menurut Mauger, pihaknya juga mendapatkan khidmat daripada kapal komersial bagi membantu operasi pencarian itu.

7. Sementara itu, syarikat pengendali kapal selam, OceanGate Expedition memaklumkan semua pilihan diterokai termasuk menggunakan aset sedia ada untuk mengesan dan menyelamatkan lima individu dalam kapal berkenaan.

Baca juga Pelik tapi benar, sapu bayi lahir czer dengan cecair alat sulit ibu tingkatkan imuniti, kuatkan perkembangan saraf

8. Difahamkan, hartawan Britain, Hamish Harding merupakan antara empat penumpang berada di dalam kapal selam itu.

9. Titan dilaporkan terputus hubungan dengan Polar Prince yang menyokong kapal air itu, kira-kira sejam 45 minit selepas ia mula menyelam ke arah lokasi serpihan Titanic. Ekspedisi itu yang menelan kos AS$250,000 (RM1.15 juta) bagi setiap orang, berlepas dari St. John di Newfoundland sebelum keluar kira-kira 640 km ke lokasi bangkai kapal di Lautan Atlantik. Ekspedisi ke lokasi bangkai Titanic turut disertai ahli arkeologi dan ahli biologi marin.

INFO

Iklan

1. Tanggal 15 April 1912 mencatat sejarah duka, khususnya dalam dunia pelayaran.

2. Kapal RMS Titanic dari Southampton, England ke New York, tenggelam dalam pelayaran sulungnya di lautan Atlantik.

3. Seramai 1,517 penumpang dan anak kapal menjadi korban tragedi kapal seliaan White Star Line itu.

4. RMS Titanic, kapal persiapan mewah terbesar di dunia ketika itu, kekal dalam lipatan sejarah dunia.

5. Pada jam 11.40 malam, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira dua jam selepas itu.

Iklan

6. Tenggelamnya Titanic mengorbankan lebih 1,500 nyawa, telah diabadikan dalam buku dan filem, termasuk filem blockbuster 1997 “Titanic,” yang menimbulkan minat ramai terhadap bangkai kapal itu.

Baca juga Pawagam ‘Drive In’ pertama di Lembah Klang kini di Jalan Ampang

Sumber: Reuters, Wikipedia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!