SUPERMODEL Bella Hadid nama besar pentas peragaan antarabangsa. Si cantik yang mewarisi darah diraja Palestin daripada bapanya, Mohamed Hadid itu tidak mempedulikan kedudukannya sebagai selebriti dalam memberikan sokongan kepada negara yang sedang bergolak itu.

Susulan lantang bersuara berkenaan isu konflik penjajahan Palestin, Bella atau nama penuhnya Isabella Khair Hadid, 27, tahun menghadapi pelbagai tekanan.

Antaranya digugurkan sebagai wajah jenama mewah, Dior manakala tempatnya digantikan dengan model baharu dari bangsa penjajah berkenaan, May Tager.

Keputusan Dior itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial hingga muncul trending di laman sosial X.

Baca juga: #SiBibirMerah: Bella Hadid tak peduli kecaman Israel, ketepikan kemasyuran demi #FreePalestine

Netizen mengkritik tindakan jenama mewah itu yang seolah-olah ‘sengaja’ memilih model dari Israel selepas mengetahui Bella seorang yang lantang bersuara dalam isu Palestin.

Bella dilantik sebagai wajah untuk Dior Beauty sejak 2016.

Bagaimanapun, dalam video koleksi pewangi baharu Dior, La Collection Privee, wajah May Tager dipilih sebagai wajah baharu untuk koleksi tersebut.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan Bella Hadid tidak lagi bersama Dior.

Adik kepada supermodel Gigi Hadid itu antara selebriti antarabangsa yang secara terang-terangan mengecam kekejaman rejim zionis.

Bella memaklumkan tidak takut menyatakan sokongannya itu kepada media biarpun berdepan risiko ditamatkan kontrak dengan jenama ternama dunia.

Bella menerusi Instagram menyatakan pendiriannya turut mendedahkan pelbagai tekanan dihadapi selepas lantang bersuara.

Baca juga: Berasal dari Gaza, bapa mentua Ramona Zamzam terganggu emosi susulan kekejaman, elak jumpa cucu

“Maafkan saya atas diam saya. Saya masih belum menemui kata-kata yang sesuai untuk untuk minggu lalu yang sangat rumit dan ngeri ini. Minggu yang telah mengalihkan perhatian dunia, meragut nyawa yang tidak bersalah dan menjejaskan keluarga selama beberapa dekad.

“Banyak yang ingin saya katakan, tetapi untuk hari ini, saya akan pendekkan.

Iklan

“Saya menerima beratus-ratus ancaman bunuh setiap hari, nombor telefon saya  dibocorkan dan keluarga saya berasa tidak selamat.

“Tetapi saya tidak boleh diam lagi. Ketakutan bukan pilihan. Rakyat dan anak-anak Palestin khususnya di Gaza tidak mampu untuk berdiam diri. Kami tidak berani tetapi mereka berani.

“Hati saya berdarah dengan kesakitan akibat trauma yang saya lihat serta trauma generasi darah Palestin saya.

“Melihat kesan daripada serangan udara di Gaza saya berduka dengan semua ibu yang kehilangan anak dan anak-anak yang menangis sendirian selepas kehilangan keluarga dan rakan,” titip Bella.

Dalam hantaran sama, Bella turut menceritakan keluarga bapanya yang berketurunan Palestin diusir dari bumi kelahiran.

Baca juga: ‘bu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

“Ayah saya dilahirkan di Nazareth pada tahun Nakba (perpindahan 750,000 rakyat Palestin pada tahun 1948).

“Sembilan hari selepas dilahirkan, dalam pangkuan nenek, bapa saya bersama keluarganya telah diusir dari rumah mereka di Palestin menjadi pelarian, jauh dari tempat yang pernah mereka panggil sebagai negara.

Iklan

“Datuk dan nenek saya tidak dibenarkan pulang ke negara asal mereka. Keluarga saya telah menyaksikan 75 tahun keganasan terhadap rakyat Palestin terutamanya, pencerobohan peneroka kejam yang membawa kepada kemusnahan seluruh komuniti, pertumpahan darah dan penyingkiran keluarga secara paksa dari rumah mereka,” titipnya.

Sumber: Instagram Bella Hadid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!