Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam

DI media sosial mahupun dalam kaca televisyen dan di corong radio, video memaparkan peperangan antara Palestin dan Israel meledak sana sini.

Berita tentera Zionis menceroboh dan menyasarkan tempat suci umat Islam sememangnya mencabar kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Ramai anak-anak kecil dan wanita menjadi mangsa ke atas serangan-serangan yang dilakukan.

Kita sebagai umat Islam sebenarnya tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan bumi Palestin.

Barangkali ramai sedia maklum mengapa Palestin sangat penting untuk kita, namun SinarPlus mengambil inisiatif untuk mengingatkan semula betapa bumi itu sangat signifikan kepada umat Islam sedunia.

KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM

Menerusi muat naik TikTok (Hani little shop) disenaraikan sebab-sebab masyarakat Muslim perlu mengambil berat isu Palestin. Antaranya:

1.Palestin adalah tempat tinggal para Nabi.

2.Nabi Ibrahim berhijrah ke Palestin setelah dihalau oleh kaumnya di Iraq.

3. Nabi Lut diselamatkan oleh ALLAH daripada azab yang turun pada kaumnya menuju ke bumi Palestin.

Baca juga: Awie rangka misi kemanusiaan buat Palestin

 

4. Nabi Daud tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.

5. Nabi Sulaiman memerintahkan jin membina Masjid al- Aqsa di bumi Palestin.

6. Kelahiran Nabi Isa di bumi Palestin.

7. Di Palestin, Maryam mengoyang batang kurma ketika melahirkan Nabi Isa.

8. Masjid al-Aqsa yang terletak di bumi Palestin adalah kiblat pertama umat Islam.

9. Masjid al-Aqsa juga adalah masjid kedua didirikan dalam sejarah peradaban manusia.

Iklan

Baca juga: Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama

10. Dari sudut geografi, Palestin terletak dalam bumi Syam. Rasulullah SAW telah mendoakan bumi Syam dengan keberkatan dan para malaikat membentangkan sayapnya ke atas bumi bertuah tersebut.

11. Tanda-tanda berlakunya hari kiamat berlegar di bumi Palestin salah satunya, Dajjal akan dibunuh di Palestin.

12. Ketika peristiwa Israk Mikraj, Masjidil Aqsa menjadi destinasi perantara antara perjalanan dunia (atas muka bumi) dengan perjalanan seterusnya (ke langit) menuju Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi Muhammad SAW bertemu ALLAH.

Baca juga: ‘Tak lama lagi Gaza musim sejuk,’ Khairul Aming sumbang RM100,000 kepada Palestin

Baca juga: Wanita Israel terkejut, maklumat tempat lahir diubah ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’ pada pasport UK

Iklan

Melihat kepada sebab tersebut, isu Palestin bukan isu umat Islam yang mempunyai hak ke atas wilayah itu dari sudut agama dan sejarah sahaja.

Situasi di sana sebaliknya merupakan isu kemanusiaan yang memerlukan sokongan daripada semua pihak.

SinarPlus sarankan supaya kita membantu saudara seagama kita berdasarkan kemampuan kita tidak kira dalam bentuk kewangan dan doa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!