ERA Valentino Rossi dalam acara MotoGP telah berakhir selepas bintang itu menyatakan persaraannya pada akhir musim 2021.

Nama besarnya pasti akan dikenang khususnya di kalangan peminat lumba motosikal MotoGP.

Tidak hanya penuh dengan pencapaian, pemilik sembilan gelaran duniaitu juga terkenal dan pernah menjadikan ikon MotoGP.

Masakan tidak,Valentino Rossi adalah satu-satunya pelumba yang berlumba di kelas 125cc, 250cc dan 500cc.

 

Rossi di atas podium pertamanya pada tahun 1996.

Baca juga Ratu Bowling Umum Bersara Selepas 28 Tahun Menabur Bakti Buat Negara

Selepas 26 musim perlumbaan Grand Prix dan sembilan kejuaraan dunia, Rossi akan menggantung topi keledarnya pada akhir musim 2021.

Kenyataan Valentino Rossi untuk bersara telah diumumkan dan disahkan secara rasmi semasa sidang media khas pada hari Khamis di MotoGP Austria.

“Saya telah memutuskan untuk berhenti pada akhir musim ini.

“Sayangnya ini akan menjadi separuh terakhir musim saya sebagai pelumba MotoGP. Ia sukar dan menyedihkan, kerana mengetahui tahun depan saya tidak akan melakukannya lagi, berlumba motosikal, “kata Rossi.

Iklan

Baca juga Mokhtar Dahari Dikenang, 89 Jaringan Gol Diiktiraf FIFA

Pelumba kelahiran Itali ini telah terlibat dalam perlumbaan MotoGP selama 26 musim dengan sembilan kali menjadi juara dunia.

Prestasinya telah menurun secara drastik dalam beberapa musim terakhir.

Iklan

Rossi bersara pada usia 42 tahun dan memberi tumpuan kepada VR46 Riders Academy yang telah membantu mengasah bakat muda Itali.

Pasukannya Aramco Racing Team VR46 bakal membuat penampilan sulung di MotoGP 2022.

Tiada siapa menyangka Rossi mengambil keputusan menarik diri dari perlumbaan yang menempa namanya. Aksi beliau yang berani bersama jentera bernombor 46 akan terus diingati para peminatnya.